"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

06 January 2010

Relakan ia pergi

Sob sob sob :((

Payah bebeno nak book timing nak tengok CCTV kat Admin tuh. Karang nak tengok waktu kerja takut plak mengganggu diorang nak buat keja guna komputer. Nanti nak tengok waktu lunch hour ganggu diorang nak pegi makan plak. Adehhh!!! Nampak gayanya memang sampai ke sudah tak dapeklah aku nak tengok sapa malaun lahanat cilakak yang mengambil pokok berdaun ijau plus kotak kertas nota aku tuh.

Rasanya dah sampai masa kot untuk aku relakan ajerlah pemergian dedua reta aku tuh. Memang sudah nak terima tapi nak buat cemana kan??? Kalo dah tanya rumet sendirik pun bley tak tau sapa yang keluar masuk bilik apa lagiklah yang aku bley dapat kalo tengok CCTV pun. Contoh lah kalo aku tengok CCTV dan dapat tau orang yang keluar masuk bilik ofis nih time aku takde apa aku nak buat??? Takkan nak pegi serang kot.

[Kebarangkalian #1] Kotlah nampak orang tapi langsung tak nampak pokok berdaun ijau ngan kotak kertas nota aku tuh (mana tau dia masukkan dalam beg ker hapa ker) hahhh cemana???

[Kebarangkalian #2] Kotlah nampak orang tuh tapi tak nampak apa yang dia bawak dan aku terus pegi tanya kat dia then dia tak ngaku yang dia ada ambik dedua barang tuh cemana plak???

Takpelah kot bukan rezeki aku agaknya (sob sob) walaupun memang rasa kecewa dan terkilan sangat. Agaknya kalo lah malaun lahanat cilakak tuh tau isi perut kotak² harta karun kat bawah meja ofis aku nih harusss masa aku takde kotak² tuh pun diselongkar sama. Bley tak kalo aku nak sumpah jahat kat orang tuh??? Hmmm memang bangsat btol!!!

cHiQuE:
Tajuk entry aku tuh "ia" atau "dia" sebenonya??? DikOwn kata kalo untuk benda pakai "dia" tapi masa aku belajo dolu cikgu kata "dia" tuh untuk manusia manakala "ia" untuk selain manusia. Adusss pening tetiba terbalik plak dah...

No comments: