"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

31 January 2010

Saya Nak Cuti! ke Cebu

Saya Nak Cuti!!! Semua orang suka cuti maka dengan itu saya mencadangkan DIRI SENDIRI untuk bercuti ke Cebu, Filipina. Kenapa Cebu? Saya tidak banyak tahu dan dengar tentang percutian ke Filipina. Barangkali Filipina tidak tercatat sebagai salah sebuah destinasi menarik di kalangan pelancong maka itu saya perlu meneroka lebih lanjut tempat-tempat menarik di Filipina dengan mengambil kesempatan untuk bercuti di sana.

Setahu saya selain terkenal dengan sejarah pendaratan Ferdinand Magellan yang sekaligus memulakan era penjelajahan bangsa Eropah ke Asia, Cebu juga terkenal dengan kecantikan alam semulajadinya. Saya amat teruja setiap kali dihidangkan dengan keindahan pantai. Dikhabarkan terdapat sebuah pulau yang masih kekal keasliannya dengan pembangunan yang minimum dinamakan Pulau Bohol di Cebu. Apa ada di Pulau Bohol agaknya ya? Terdapat Bukit Coklat yang dianggap keajaiban ke lapan dunia di kalangan penduduk Filipina. Mengikut pambacaan saya Bukit Coklat sebenarnya adalah titisan air mata gergasi, yang satu ketika dahulu merupakan penjaga seluruh pulau itu. Teringin sungguh saya melawat pusat santuari monyet terkecil di dunia (Tarsier) dan Bohol Bee Farm yang terdapat di Pulau Bohol. Terbayang juga di mata bagaimana menarik dan romantik sekali sekiranya saya berpeluang menikmati makan tengahari bersama suami di atas bot kayu sambil menyusuri Sungai Loboc. Ahhh banyak yang saya belum tahu tentang Cebu dan tempat-tempat menarik lain di sekitarnya. Disebabkan itu saya perlu diberikan kesempatan untuk melawat dan menerokai Cebu agar dapat dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.

cHiQuE:
Hahaha dah lama tak buat karangan skema menggunakan patah perkataan yang sungguh sopan santun macam nih. Semuanya sebab Saya Nak Cuti!!! ;)

4 comments:

ARC™ said...

hehhe akak saving r ngan hubby leh g melancong kemane2

cHiQuE CoMeL said...

@ARC™
akk rasa nak saving pegi new zealand lah. tmpt tinggal bley tumpang umah ARC. mkn bley mintak ARC sapot. jimattt belanjaaa ;))

ARC™ said...

loll itu tak mungkinnnn hak3

cHiQuE CoMeL said...

@ARC™
lorrr awat x mgkn plak??? bukan ARC dah nak jd warga sementara NZ ker??? huhhh x baek kedekuts nih...