"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

23 January 2010

Sultan adil sultan disanjung

Tak tau nak cerita apa sebenonya harinih. Sana sinih tak kiralah kat TV mau pun kat internet dok cerita pasal kemangkatan baginda Sultan Johor. Rasanya kalo aku cerita lagik akan jadik lebih kurang sama ajer semua nanti kan??? Okay aku tak cerita...

Cuma sebagai rakyat Johor dulu kini dan selamanya tipulah kalo aku takde rasa apa². Walaupun aku ngaku aku berhati dan berkepala batu (erkkk bukan batu bebetul tuh lah) tapi aku masih punya hati dan perasaan. Sedih ker??? Hmmm bukan ada pertalian darah kerabat diraja pun aku nih tapi tengok kat TV9 pagi tadik gambo RMJ menangis mengalir air mata tetiba aku pun jadi syahdu sayu pilu.

Sebelum² nih sejak aku kecik sampai sekarang nih memang memacam cerita yang baik yang kurang baik aku dengar pasal kerabat Johor tapi aku tetap bangga jadik rakyat Johor. Tak pernah aku buang title anak Johor disebabkan cerita² yang hanya aku dengar dari mulut ke mulut. Sebagai manusia yang percaya kepada fakta di dalam sesuatu kes maka takde bukti aku tak caya. Cehhh dah macam kes mahkamah plak ;)

Beberapa ketika harituh pernah satu tahap blog aku nih dihentam kemain sebab aku pernah post entry pasal RMJ. Entah apa²lah makhluk Allah di luar sana tuh - jangan sebab marahkan nyamuk kelambu yang dibakar. Korang kena paham yang aku nih rakyat Johor yang setia (setiap 5 tahun sekalik aku balik mengundi kat Johor tau!!!) maka sedikit sebanyak aku tetap akan bangga dengan apa saja yang berkaitan ngan negeri Johor termasuklah kerabat dirajanya ituh :D

Okay tak mau cerita banyak harinih serta tak bley tenet lelama as aku nak tengok kat TV tuh majlis pemakamam almarhum baginda Sultan. Semoga roh Almarhum Sultan Iskandar dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hambaNya yang soleh. Al-Fatihah.

2 comments:

Lovely Emy said...

takziah buat kerabat diraja sultan johor..

cHiQuE CoMeL said...

@Lovely Emy
alfatihah buat almarhum sultan...