"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

23 January 2010

Sultan Ibrahim Ismail

Sultan Ibrahim Ismail atau orang Johor ajer kot yang selalu pangge guna nama "Ku Yem" selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor moden.

Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
Segala kehormatan
Sihat dan ria
Kekal dan makmur
Luaskan kuasa
Naungkan kami
Rakyat dipimpini
Berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj lahir pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Ditabalkan menjadi Tengku Mahkota Johor sejak 1981 selepas almarhum ayahanda baginda (Sultan Iskandar) ditabalkan menjadi Sultan Johor yang keempat.

Sultan Ibrahim nih merupakan anakanda sulung almarhum Sultan Iskandar bersama bekas isteri pertama baginda, Josephine Ruby Trevorrow. Hahhh tuh pasal rupa Ku Yem nih sungguh ensem (RMJ pun sungguh ensem jugak) ~wink wink~.

Personally aku tak penahlah jumpa dengan Ku Yem nih tapi seingat aku dedolu masa kekecik penah pegi kenduri kawin entah umah sapa (umah kawan ayah aku lah tuh) ada ajer Ku Yem dan Raja Zarith Sofea datang. Alahhh masa tuh kekecik lagik kan manalah ada teruja sangat nak ambik gambo bagai.

Masa Kembara Mahkota Johor (hok last year kalo tak silap aku) Ku Yem dan RMJ serta rombongan KMJ datang singgah bermalam kat Kluang. Jangan tak caya yang DikOwn pun dengan muka tak malu berbaju kurung kunonnn dok mengusha Ku Yem dan RMJ kat depan Prime City Hotel tuh. Siap ambik gambo bagai pompuan tuh. Arghhh aku sungguh jeles. Bukan jeles sebab DikOwn dapat tengok dan jumpa Ku Yem tapi pompuan tuh dapat tengok dan jumpa RMJ. Tak suka tau!!!

Erkkk aku nak kena cerita banyak ker??? Apa kata rerajinkan jari jemari korang tuh google sendirik sana sinih pasal Sultan Johor yang kelima nih :D

Daulat Tuanku!

2 comments:

نورازريناابوحيري said...

penah jumpa RMJ masa kembara mahkota aritu. die lalu kat depan umah lagi. huhuhuhu.... die siap babai kat saye. =))
tetibe rasa sngt teruje bile teringt ketampanannye.

cHiQuE CoMeL said...

@نورازريناابوحيري
owhhh tidakkk... sy sggh jelesss :((