"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

12 February 2010

Am taking longgg break

Tak sesabo dah nih. Sempena raya orang cina yang bakal menjelang 14 Februari nih makanya aku telah memohon cuti panjang yang gila punya panjang kalo nak banding ngan cuti masa raya orang melayu yang penah aku apply sebelum² nih. Erkkk ayat aku macam pusing² plak kan...

Kalo ikut di atas leave kad, mulai 13 sehingga 22 Februari 2010 aku tidak akan menjejakkan kaki sama sekali kat ofis. Kalo tak ikut leave kad plak maka aku dengan sukasukinya akan sambung bercuti sampai ujung bulan. Pepandailah nanti korang buat keja tanpa kehadiran aku yeak. Sebarang rayuan melalui sms, email dan surat menyurat untuk aku kembali bertugas tidak akan dilayan. Apa lagik kalo korang menelepon aku menggunakan nombor telepon ofis... tak hingin aku nak angkat!!! Muahaha tanduk setan dah tumbuh >:D

Begitu jugak dengan kehidupan blogging, berfesbuk, bertwitter dan apa saja lah berkemungkinan besar jugak akan bercuti panjang. Dah namanya cuti pastuh balik kampung plak harusss lah aku menggunakan kesempatan ini dengan makan² kasik naik berat badan tak pun bermalasan lepak² kat Stesen Keretapi Kluang atau mungkin jugak jimba² di karaoke jamban kat Kluang Mall tuh :D

Pesanan penaja buat kengkawan ofis yang memerlukan khidmat nasihat bantuan guaman dari aku sepanjang aku takde kat ofis tuh - korang tau nombor enpon aku kan makanya korang pepandailah tepon aku yeak dan pastikan korang menelepon menggunakan bukan tepon ofis. Kan aku dah bagitau atas tuh sebarang nombor ofis yang keluar kat enpon aku tuh (termasuklah private call) tak hinginnn aku nak layan... paham?!

2 comments:

Aus said...

long break sonok woo..
sape xnk..
hahaha

Anonymous said...

awal yang baik