"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

04 February 2010

Chiaki Matsumoto

Hmmm konfem kalo korang lahir tak sezaman ngan aku makanya korang tak akan paham ngan entry aku kali nih ;)

Dedolu masa kecik asal lepas balik sekolah rajin jugak melayan drama Jepun yang ditayangkan tetiap petang. Maklumlah masa tuh mana ada lagik K-Drama ala² BOF tuh tapi bley dikatakan zaman tuh selain Oshin memacam citer pun ada ditayangkan. Harinih aku nak mengimbau pasal J-Drama bertajuk Stewardess Monogatari :D

Gila wooo dolu tengok drama nih sebab ada certain babak tuh memang mengundang air mata. Heroin dia nama Chiaki Matsumoto. Chiaki nih cita² nak jadik Awan Dania pramugari so dia masuklah JAL Training Academy. Kat situh dia kenal ngan sorang instructor ensem nama Hiroshi ular sawa Murasawa. Memula Hiroshi nih suka bebeno buli Chiaki tapi lelama tuh dia suka plak dan dalam waktu yang sama Chiaki pun suka jugak kat Hiroshi. Cuma yang Chiaki tak tau sebenonya Hiroshi nih dah nak kawin plak ngan anak orang besar JAL namanya Mariko Shinto.

Memandangkan Mariko nih tau pasal hubungan Chiaki ngan Hiroshi so dia selalulah buat menda bukan² jahat² kat Chiaki dengan harapan agar Chiaki tak rapat ngan Hiroshi. Ingat lagik Mariko nih suka pakai sarung tangan hitam. Ada dalam satu episod tuh (dah nak akhir² siri gituh) dia bukak sarung tangan dia tunjuk kat Chiaki. Rupanya tangan dia tuh tangan robot besi. Cacat! Tak ingat plak aku cemana kesudahan drama nih. Tak tau sapa sebenonya yang beralah dalam merebut hati Hiroshi.

Ishhh kat mana aku nak carik DVD ker VCD ker drama nih yeak??? Ada sesapa bley tolong??? Ada sesapa kat Jepun sana bley tolong carikan??? Hahhh nanti aku bagi doposen...

5 comments:

ejad said...

ehh dah dua tahun ek blog ni, Meh aku sambung citernya. Si Mariko tu cacat sbb satu kemalangan ketika main ski dan macam biasa laa yang dipersalahkan ialah Cikgu Hiroshi yang baik hati (ni lagu yg selalu Chiaki nyanyi). Ending citer ni Chiaki gagal dalam ujian terakhir dan dia terpaksa sambung lagi latihan dia di pusat latihan pramugari tu. Then lepas tu baru dia tamat latihan dan bekerja di JAL. Tentang hubungan dia ngan Hiroshi plak, kalau tak silap dorang break sbb Hiroshi terpaksa jugak kawin ngan Mariko.

Anonymous said...

Quote Chiaki dalam cite ni.... "Aku akan menjadi kura2 yang gagah..." dalam konteks apa tak ingat... Tahun dia 1988... Kalau tak silap bulan puasa... Sebab dok asrama masa tu tak wajib turun games & boleh tengok tv.

Anonymous said...

Lagu Chiaki:

Cikgu Hiroshi seorang yg baik hati
Dia juga seorg yg hensem sekali
Dia penyayang...
Siapa suka dia
Chiaki..Chiaki

Anonymous said...

sgt ske citer nie.... mencari juga dvd nye kalo ada.... coz ending x dpt tgk.... skolah ptg masa tu :( sesapa ada maklumat mana nk dpt kan citer nie... bgtaw la ye

Anonymous said...

Nak.tambah skit... diakhir.cerita.hiroshi tak.jd kawen dgn mariko.shinto tu sbb aku tu akulupa plak... tp mmg die tak jd kawen ngan mariko n chiaki start keje ngan JAL... cikgu hiroshi rasanya dah tak jd instructor kat situ... Tak.ingat dah... tp yg aku pasti die mmg tak kawen ngan mariko shinto... sekian