"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

25 February 2010

DikOwn's Wedding (Part 1)

Tarikh: 19 Februari 2010
Tempat: Surau Kampung Melayu 2, Kluang

Sempat berposing ngan pengantin sebelum bertolak ke surau untuk majlis akad nikah. Sapa yeak yang tangkapkan gambo nih?! Terasa aku macam comel natural beauty plak gituh... hiks :D

Memandangkan DikOwn adalah anak bongsu makanya ayah rancang untuk buat majlis akad nikah kat surau. Katanya nak ambik berkat sebab orang sekarang nih lagik suka buat majlis kat umah ajer. Sebenonya kalo pada aku rasa macam kesian jugak kat sedara mara yang tak dapat ikut pegi ke surau sebab kena jaga umah masa malam akad nikah tuh tapi nak buat cemana kan - aku hanya semut merah ;)



Kalo kat Johor nih majlis akad nikah memang ada buat kaedah keluarga Sakinah. Tuh yang lepas lafaz taklik suami isteri pastuh ada plak lafaz serah ayah pengantin pompuan kepada pengantin lelaki. Pastuh ada plak lafaz serah (kira macam lepaskan anak dia lah gituh) emak pengantin pompuan kat pengantin pompuan tuh sendirik. Gila haru wooo nangis² dengar (blom kalo kena sebut sendirik!).

Ehhh nampak tak gambo yang masa lafaz serah emak kat DikOwn tuh ada laptop terbukak??? Hahhh tuh lah Along aku anak beranak kat Cardiff sana tengah tengok majlis akad nikah secara live. Beriyer nak enterprem jugak tau :D

Malam tuh selain dari majlis akad nikah kat surau ayah pun ada panggil dua orang ustaz untuk bagi ceramah agama kat umah. Ceramah tajuk apa? Entah aku tak dengo sangat pun. Lagi pulak masa ceramah tuh aku dok terperuk dalam bilik nangis² bengkak mata sebab Lumix pecah :((

Nak view more picas sila klik sinih :D

No comments: