"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

01 February 2010

Johorean dok KoLumpo (Part 1)

Selamat Hari Wilayah Persekutuan. Harinih orang KoLumpo cuti² bley sambung tido back to back. Harinih aku excited nak cerita pasal KoLumpo. Ala² macam kenangan lalu KoLumpo lah gituh...

Dedolu masa kecik family aku tinggal kat Kuantan. Asal tiba time cuti sekolah ayah rajin bawak jenjalan cuti² KoLumpo. Macam biasalah dolu Kuantan - KoLumpo ambik masa lima enam jam perjalanan jugak. Kalo aku ngan Along dan DikOwn tertido dalam perjalanan maka setiap kali tiba terowong kat Karak hiway tuh ayah atau emak akan kejut, "terowong... terowong... dah nak sampai KoLumpo nih..." gituh lah lebih kurang. Kira setiap kali kalo nak pegi KoLumpo dari Kuantan, terowong tuh lah yang jadik landmarknya. Nampak terowong ajer dah excited!!! Belakang lepas nampak terowong sambung tido balik... jauh lagi wooo ;))

Pastuh bila pindah Johor sama jugak ayah masih rajin bawak jenjalan cuti² Kolumpo. Kali nih sebab takde terowong maka landmarknya adalah rumah panjang PATI (pendatang asing tanpa izin) kat Sungai Besi tuh. Sekarang nih dah takde rumah panjang tuh. Dolu ada kat area sebelum (ker selepas???) TUDM Sungai Besi berkaler ijau berkawat besi kalo tak silap aku. Hahhh asal dah nampak rumah panjang tuh maka excited terlebih sudah. Yeayyy dah sampai KoLumpo!!!

Dolu kalo datang KoLumpo port tempat bermalam adalah umah Mak Itam (adik emak) kat Flat Pekeliling. Bayangkan umah yang kecik satu bilik tuh kemain santak penuh. Siap bley bertemu bontot kat dapur lagik kalo nak ke bilik air. Memalam lepak kat beranda tengok pemandangan KoLumpo. Kalo tak pegi umah Mak Itam maka umah Mak Ha (adik emak jugak) kat Kem Batu Kontemen Jalan Ipoh lah jadik port.

Datang KoLumpo nih bukan jalan ke mana sangat pun. Bangunan paling tinggi dan paling canggih masa tuh pun cuma ada bangunan Tabung Haji kat Jalan Tun Razak. Pastuh singgah jenjalan kat Chow Kit. Ayah parking keta kat area belakang pasar Chow Kit pastuh menyusur berjalan sampai ke Globe Silk Store. Agak² nak shopping memahal sikit singgah plak kat Yaohan The Mall.

Kalo ada pameran menarik maka pegilah bondang² ke Muzium Negara tengok pameran buah durian. Dah penat berjalan maka singgah plak sembahyang kat Masjid Negara. Pastuh gerak pegi Tugu Negara ngan Taman Rama². Pernah jugak ayah bawak jenjalan jauh sket kuar bandar KoLumpo pegi mandi manda kat Bukit Belachan.

Banyak lagik sebenonya kenangan aku ngan KoLumpo nih. Memang tak cukup seploh entry kalo nak cerita semua. Seronoknya kalo dapat balik ke masa lalu...

Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur - Malek Ridzuan

Aku datang dari desa
Hanya sebatang kara
Meninggalkan kampung tercinta dan sanak saudara
Setiba di kota raya kugiat bekerja
Berluma-lumba mengejarkan apa yang dicita
Meski pun badai yang melanda
Aku terus melangkah mengharungi hidup kota
Dengan sepotong doa agar kehidupanku lebih maju
Bermakna cuba membela nasib agama bangsa negara
Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Menyinari hidupku
Kota yang penuh dengan cabaran
Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Menyinari hidupku
Kota yang penuh dengan harapan
Si miskin dan si kaya semua tiada dibeza
Di kotaraya yang mempunyai berbilang bangsa
Bila larut senja menjelma sungguh indahnya
Betapa aku terharu dan sungguh berbangga
Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Menyinari hidupku
Kota yang penuh dengan cabaran
Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Menyinari hidupku
Kota yang penuh dengan harapan


cHiQuE:
Cemana cantik dan membangun pun Kolumpo nih tapi aku tetap bangga jadik anak Johor. Hidup Ku Mail!!! :))

2 comments:

♥Hernee Nazir♥ said...

bgus2 smngt ank jati johor ni..hehehe

cHiQuE CoMeL said...

@♥Hernee Nazir♥
huihhh mestiii!!! tuh blom lg dgr sy nyanyi lagu Bangsa Johor... lg semangat tau ;)