"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

09 February 2010

Mak Apan hilang

Pagi tadi kat opis dalam pukul 9, sedang aku kaverline klik fesbuk sesikit, Apan mundar mandir belakang aku dengan muka kusut masai. Dari tadi aku tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.

"Ko kenapa ni Apan?" aku bertanya demi meminta kepastian. Aku dengan Apan ni kira ngam jugak lah. Budak Kedah, umur muda sikit dari aku dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lelama boleh naik menyampah jugak. Dia baru setahun kerja dengan kompeni aku. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.

"Mak aku hilang la..." Apan berbisik perlahan.

Aku punyalah terperanjat!

"Mak ko hilang? Bila hilang?" Dada aku tetiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap lah kencang macam kuda.

"Petang semalam... dah cari merata tak jumpa."

Apan berlalu meninggalkan aku menuju ke bahagian bebudak Human Resource. Aku tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Aku nak tanya lelebih risau kena pukul pulak. Apa yang aku tahu sesikit mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.

Lebih kurang lima belas minit kemudian, dari jauh aku nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali nih muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan hok kumpulan The Typewriter.

"Mak aku dah jumpa..." Kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.

Aku cecepat bersyukur, "Alhamdulillah... jumpa kat mana?"

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rerama yang tiada belas kasihan pada aku, Apan membalas padu, "Dalam sinki penteri."

Aku terus tendang komputer sampai bersepah atas lantai. "Binawe!"

MUG lah Apan... MUG!!! Sebutan macam jahan*m!!!

cHiQuE:
Cerita ini hanya rekaan semata sebab aku tak kenal pun Apan tuh... Thanks to "abg aji" Asfan yang mengirim email pasal citer lawak nih. Aku kopipes ajer hahaha :))

7 comments:

joegrimjow said...

rasanya dah komen
xmuncul2 lagi
hehe

cHiQuE CoMeL said...

@joegrimjow
hahhh dah komen??? erkkk awat xde plak yeak?

Aus said...

ahahaha..
mug je..ingat ape tadi..
kekekeke..

cHiQuE CoMeL said...

@Aus
sebutan bg bunyik bebetul yeak Aus ;))

Anonymous said...

cinabeng lu.
nk copy story pun, bg lah kredit asal kat

http://fdausamad.blogspot.com/2010/01/mak-apan-hilang.html#comments

tak baik main cilok je

FdausAmad said...

Macam mana entry gua Mak Apan Hilang boleh ada dalam blog lu?,

boleh eksplen?

cHiQuE CoMeL said...

@anon & FdausAmad
salam... entry nih kan dah bgtau atas tuh sy kopipes dr emel yg dikirim oleh kwn sy - Mohammad Asfan Nasaruddin a.k.a "abg aji" Asfan. sy x tau lgsg plak ada entry yg sama dlm blog awk utk saya kopipes etc etc. lenkalik kot yeak nak menuduh sebrg gunalah ayat bebaik sket... sukatik nak cinabeng kan org plak!