"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

24 February 2010

My broken LUMIX

Tarikh: 19 Februari 2010
Waktu: Lebih kurang jam 10 malam (lepas DikOwn nikah)
Tempat: Surau Kampung Melayu 2, Kluang

Huwaaa hati terluka btol aku dibuatnya!!! Gara² memberi izin kepada tangan lain pegang kamera cikai aku nih sudahnya habih pecah skrin kamera tuh. Duduk terperap dalam bilik menangis bengkak² mata aku dibuatnya sampai tak berselera nak makan ngan ambik gambo masa majlis berinai DikOwn.

Lama dah Lumix nih dengan aku. Kalo tak silap since 2007. Aku beli pakai duit plastik dengan harga RM1399. Perghhh gila mahal masa tuh. Sekarang nih kalo dengan RM1399 tuh rasanya aku dah bley dapat kamera gabak hok semi-pro dah kan?!

Aku sayang gila babas sesangat kat Lumix nih sebab walaupun cikai tapi gambo dia memang superb wa cakap lu! Itu yang buat aku kecewa tahap gaban masa dapat tau dia pecah. Takpe lah macam semua orang pun bagitau - dah takde jodoh panjang kamera tuh ngan aku :((

Semalam aku ngan hubby dah pegi tanya kat kedai; kalo nak ganti skrin ajer mau jejak RM300. Itu baru tukar skrin blom lagik kalo isi perut dia rosak ke hapa ker. Alang² bayo duit nak ganti bagai maka pikir² balik adalah lebih baik kalo aku tangkap sebijik kamera hok baru kan... ehem!

Tungguuu...

No comments: