"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

21 March 2010

"alien" @ PCMC KoLumpo

Last Tuesday (16/03/2010) aku ngan hubby jenjalan berurusan ke Prince Court Medical Center Kuala Lumpur. Alah hospital hok canggih manggih enam bintang kat KoLumpo tuh. Tau dak???

Memandangkan ada urusan itu pasal aku sampai ke situh. Idok kalu tak tiba kot. Sampai ajer kami terus pegi cafe kat bahagian bawah hospital tuh. Sungguh cozy environment dia. Kira sesuai lah ngan keadaan hospital yang memerlukan ketenangan gituh. Kami order Iced Barley (aku punya), Iced Coffee (hubby punya) ngan satu pinggan Nasi Goreng Kampung. Total makanan RM38++. Perghhh sendirik mau ingat!!!

Lepas makan lipstick pun dah ilang maka sah² lah nak pegi tacap sket kasik muka cun melecun so moh ke washroom kita...

Sebelum aku masuk washroom kat tingkat bawah sama aras ngan cafe tuh berselisih lah ngan sorang minah saleh. Punyalah minah tuh slang ngan aku, "the toilets are all wet..." ngan muka tak puas hati. Bio betik??? Takkan hospital enam bintang macam nih tandas banjir kot. Kusangka cempedak menjadi nangka rupanya cempedak menjadi durian. Serius dalam tandas semua banjir habih plus berenang beberapa "alien" kat dalam tuh. Yucks!!! Kompius kejap aku... nih kat Puduraya yang dah memang sesak ribu raban orang atau kat hospital enam bintang???

Tak boleh masuk plus tak boleh terima aku ngan tandas kotor macam tuh. Pastuh sebelum menjalankan urusan kat PCMC tuh aku ke tandas level satu bersebelahan ngan surau plak. Adehhh keadaan masih sama di mana tandas sungguh tak menepati piawaian. Bau hancing sana sinih memang sungguh menusuk hidung plus tandas kotor ngan tapak kasut merata. Halooo takde orang bersihkan ker??? Aku bukan nak dihidangkan ngan tandas gemerlapan plus sofa ribuan ringgit sana sinih tapi cukuplah kalo bersih dan wangi. Koman² macam tandas kat Jaya Jusco tuh :D

Teguran membina untuk pihak hospital (kotlah kalo terbaca blog aku nih): Memang hospital tuh dah cantik kelasss tapi kengkadang menda² yang remeh temeh macam kebersihan tandas nih perlu jugak diambil perhatian. Spesis manusia seperti saya memang kerap menggunakan tandas :D


No comments: