"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

21 March 2010

Jom jenjalan 1Malaysia

~Bukit Malawati - 20 Mac 2010~

Manjang cita² nak berjalan luar negara ajer kan hahhh nih Malaysia hok ceruk² sana sinih pun tak habih berjalan. Moh kita jenjalan 1Malaysia :D

Sawah padi Tanjung Karang

Cantik btol sawah padi nih. Hijau pemandangan sejuk mata memandang kan. Aku suka btol macam nih. Rasa tenang walaupun waktu tangkap gambo nih matahari kemain mencanak atas kepala. Janji dapat bergambo kat sawah ala² Nur Kasih gituh. Cuma tak dapat nak rembat sebatang dua pokok padi tuh. Aiseyyy... next time!

Rumah api Bukit Malawati

Nak naik ke Bukit Malawati nih kena bayar tiket RM2 sorang (dewasa). Tak payah susah² nak menongkah bukit yang bley kata tinggi jugak tuh sebab kalo hari biasa bley bawak kereta naik atas idok kalu maka naik tram ajer.

Serius memang gila banyak anak cucu cicit monyet (ker beruk???) kat atas Bukit Malawati nih. Mungkin mereka² nih masyarakat terdahulu yang menetap kat atas bukit tuh. Bila Bukit Malawati dibangunkan untuk pelancongan maka mereka² terus menetap atas bukit tuh buat macam rumah sendirik. Erkkk tuh hanyalah teori aku sendirik :)

Serupa tapi tak sama... muahahaha :))

Memang banyak beno meriam kat atas bukit tuh. Mungkin dedolu Bukit Malawati nih dijadikan kubu pertahanan. Lagipun dia tinggi makanya kalo musuh datang dari bawah senang nak tembak... kebabommm!!! Nampak tak kat dalam gambo atas nih macam ada lautan sayup² pemandangan??? Hahhh itulah Selat Melaka. Ehhh bley nampak tuh... dekat rupanya yeak. Opsss memang aku buta Geografi sket ;))

Oh yaaa buat mereka² yang nak jenjalan ke Bukit Malawati nih makanya korang bley bukak peta ikut arah nak ke Kuala Selangor. Nak ikut jalan biasa boleh hiway pun boleh. Kalo nak ikut jalan biasa korang ikut arah ke Kapar Klang pastuh terusss ajer sampai Kuala Selangor. Kalo rasa nak ikut hiway maka bleylah ambik Guthrie Highway pastuh ikut signboard hok ada tulis exit Kuala Selangor. Jalannya senang ajer sebenonya. Orang buta Geografi macam aku nih pun rasanya takde masalah kalo lenkalik nak pegi sendirik ;)

Jommm jenjalan 1Malaysia...

No comments: