"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

17 March 2010

Jenjalan MATTA Fair

Sabtu lepas aku ngan hubby sempat jenjalan ke MATTA Fair kat PWTC sana. Punyalah jem jalanraya ngalahkan PLUS Hiway time orang nak balik beraya kat kampung. Nasib baik sang hubby memiliki isteri bijak laksana makanya kami pakat² parking keta kat KL Sentral. Naik Komuter sampai Hentian Putra. Pastuh jalan kaki bukan jauh beno dari Hentian Putra ke PWTC.

Kat PWTC pulak yaaa ampunnn kemain sesak umat manusia kalah waktu wel² Batu Caves rasanya. Kira banyak duit jugak rakyat Malaysia nih yeak??? Mana taknya kalo tiba MATTA Fair memang konfem sesak ngan orang ramai. Berebut nak beli pakej ituh pakej inih. Diorang nih takde keja lain ke nak buat wiken² gituh??? Cubalah bawak dok berehat kat umah... erkkk!

Dok berehat siap berlunjur kaki kepenatan pusing² dari Hall 1 bawak ke Hall 2 pastuh sampai ke Hall 3 habih semua aku redah. Padahal bukan nak pegi bercuti bebeno pun hahaha. Kira okaylah ada gak matlamat nak bercuti tuh. Nanti eniveseri macam nak ajak hubby cuti² masuk hutan lah... ehem² ;))

Tadaaa JunPyo ailebiu!!! Gila babas tak tau malu siap nak bergambo ngan Junpyo. Bukan aku sorang jer yang bergambo ngan mendalah JunPyo nih tapi ramai jugak bebudak pompuan muda lain. Aku nih dari segi fizikal orang tengok luaran memang konfem ingat budak² jugak sooo apa aku kesah??? Sukatilah kalo aku nak ambik gambo ngan JunPyo pun :D

Balik dari MATTA Fair rasa nak pengsan... penat gilosss!!! Pasnih tobat tanak pegi dah. Hahaha sila jangan percaya...


No comments: