"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

19 April 2010

Dalam hati ada taman

Sure korang penah dengar ayat kat tajuk entry aku nih kan??? Sekarang nih kat memana ajer orang dok guna ayat tuh. Ia melambangkan seorang lelaki yang hensem macho lagik bergaya tapi punya hati kecik jiwang bunga² di taman gituh ;))

Budak hensem atas nih namanya Mohd Aliff Farhan. Dia sepupu aku dan baru berumur 11 tahun. Okay entry kali nih aku nak mengumpat Farhan. Nasib baik dia tak baca blog nih idok kalu mau aku kena sekeh bila balik kampung nanti. Bukan kira dia tuh aku nih lagik besar dari dia. Memang tak takut langsung dengan KakTie dia nih... haishhh!!!

Apa kaitan Farhan dengan entry nih??? Hmmm harituh ingat tak entry pasal aku bawak adik² pegi berkelah kat air lalu FRIM tuh??? Hahhh nak dijadikan cerita masa pergi tuh dah puas mandi manda sakan waktu bersiap salin baju bley plak dak Farhan nih tak bawak seluar jeans dia. Katanya tertinggal kat atas katil dalam bilik kat umah aku. Mau aku tak hangin??? Membebel lah aku dibuatnya. Nasib baik aku memang ada bawak seluar extra tapi kaler pink siap ada gambo bunga² di situh. Nak tak nak terpaksa jugaklah Farhan pakai walaupun dah kurang hensem mukanya :))

Balik dari berkelah tuh bukannya kami terus balik rumah tapi sempat singgah makan tengahari kat Bangsar. Pastuh siap hantar adik ipar aku, Rizal register kursus kat Shah's Village Petaling Jaya. Takkan Farhan nak dibiarkan tinggal dalam keta sensorang makanya dengan muka kelat dia keluarlah jugak dari kereta dengan seluar pink bunga² tuh.

So sekarang nih asal dengar ajer ayat "dalam hati ada taman" tuh konfem akan mengingatkan aku kat Farhan. Memang ayat tuh dah jadi trademark spesel untuk dia selepas kejadian berkelah harituh. Lepas nih agaknya tobat Farhan nak ikut aku pegi berkelah lagik tak pun kalo pegi pun harusss dia tak tinggal seluar jeans dia lagik :))

No comments: