"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

26 April 2010

Demammm...

Jam kat kiutilepi aku dah lebih pukul 12 tengah malam GMT +8 tapi aku still blom masuk tido as menunggu kiutilepi dok donlod episod 6 K-drama Personal Taste. Lupa diri dah nih...

Gila ko back to back dari petang tadik. Dengan hujan petir kilat bagai. Tutup bukak tutup bukak ajer kiutilepi nih. Punyalah nak mengejar sampai lapan episod yang dah ditayangkan kat Korea sana. Macamlah nanti takde tayang yang KBS World tuh kan.

Alahaiii korang bukan tak tau yang aku memang gilakan JunPyo. Dolu pun masa BOF tayang kat KBS World baru takat episod 5 tapi aku dah gila babas tengok online sampai episod 12. Pastuh bila ada tayang episod 6 kat KBS World aku tengok jugak lagik padahal masa tuh aku dah nak masuk episod 14. Sanggup tuh ngadap kiutilei sampai pukul 3 pagi. Tuh bukan demam kot kan tapi gila!

Sekarang nih Personal Taste plak. Tapi memandangkan kat Korea baru takat tayang episod 8 tapi aku dah tengok sampai episod 6 makanya takde lah rasa ketinggalan sangat. Esok lusa tulat dapatlah aku kejar tuh... caiyokkk! Jadik mintak maaf bebanyak kalo selepas² ini aku hanya bercerita pasal JinHo a.k.a JunPyo [BOF] ajer dalam blog nih maklumlah... orang tengah demam maaa!

No comments: