"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

20 April 2010

Lumixgrapher Contest!

Halooo semuaaa!!!

Nih nak bagitau yang aku ada masuk satu contest kat fesbuk namanya Lumixgrapher Contest!. Contest nih terbuka untuk semua pemilik kamera Lumix dari Panasonic. Yeaaa aku memang peminat Lumix. Dedolu masa memula orang dok galak beli kamera digital brand Sony, Canon, Nikon bagai tapi aku memang berkenan kat Lumix. Entahlah mungkin jatuh cinta pandang pertama...

Pastuh plak walaupun kamera Lumix aku tuh cikai biasa² ajer tapi pada aku kualiti gambo dia memang superb. Ditambah plak kengkawan selalu memuji gambo kamera aku tuh. Aku yang tak berapa nak cantik nih pun bley kelihatan sungguh comel kiut miut di dalam gambo kamera tuh. Memang kembang setaman mont*t makcik!!!

Okay² habis citer pasal kamera...

Ini Deeja anak sedara aku. Ayah Deeja nih anak arwah PokDe aku (adik emak). Sementelah anak² sedara aku semua jauh di perantauan makanya aku menumpang kasih Deeja ajerlah tsk tsk. Tak takut orang budak nih. Ayah ibu dia tinggalkan pun takde hal. Harituh masa kenduri DikOwn pun ayah ibu dia siap pegi jenjalan Ayer Hitam maka akulah yang mandikan siap pakaikan baju bagai. Senang btol nak menjaga. Lepas nih macam ada harapan nak kena kidnap ngan aku nih...

Okay kembali semula ke Lumixgrapher Contest! tuh. Tema gambo untuk bulan nih adalah "Smile" dan aku dengan tak mintak izin ayah ibu Deeja telah menghantar gambo di atas nih untuk masuk contest. Sungguh kiut dan natural ajer gambo Deeja senyum tuh kan??? Masa nih hubby bebetul tengah fokus kat muka Deeja dan tetiba plak bley dia senyum nampak gigi arnab macam nih. Nak lawan comel Angah dia lah agaknya nih... haishhh!!!

Okay kalo korang semua suka dan sesama nak sapot bagi aku menang set Lumix ZR3 maka jommm lah vote gambo Deeja nih kat SINIH. Tenkiu!


No comments: