"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

15 April 2010

Mari kita berbekam

[Bagi mereka yang mabuk darah sila jangan teruskan membaca entry ini dikhuatiri pengsan kalu maka terpaksa pulak bangun sendirik. TQ!]

Berbekam adalah diharuskan kepada kita. Menurut Imam Ghazali berbekam termasuk dalam fardhu kifayah iaitu jika satu wilayah tidak ada seorang pun mempelajari dan mengamalkannya maka semua penduduknya akan berdosa. Perubatan berbekam merupakan perubatan wahyu kerana kaedah rawatan telah menjadi amalan Rasulullah SAW. Bahkan pesanan berbekam ini diterima oleh Rasulullah SAW dari para malaikat semasa perjalanan Isra' Mikraj.

Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik pengubatan yang kamu pergunakan menjadi ubat adalah berbekam." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

"Selama aku berjalan pada malam Isra' bersama malaikat, mereka selalu berkata; Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam." (Hadis riwayat Ibnu Majjah).

Jommm kita tengok orang berbekam...

Memula bahagian yang nak dibekam tuh disedut dulu. Sekarang nih dah senang sedut ala² vakum ajer. Kalo dulu katanya berbekam pakai tanduk kerbau bagai. Lagik gerun...

Lepas dah sedut tuh bukaklah cup² yang ada satu persatu then toreh² (kecik ajer!) bahagian yang dah disedut tuh ngan pisau ker tak pun cocok² ngan jarum. Dah toreh cocok bagai maka pasang balik cup pastuh nampaklah darah² kotor mengalir keluar.

Agak² dah biarkan sekejap tuh dan dah nampak darah makin banyak membeku maka bukaklah cup² tuh untuk bersihkan darah kotor tadik. Jangan terkejut kalo darah kotor tuh banyak dan tebal ala² lengkong. Tuh lah darah penyakit yang nak dibuang.

Lepas dah bersihkan darah kotor tuh maka pasangkan lah balik cup² tadik. Kalo ada darah kotor lagik maka ia akan sentiasa keluar. Idok ada kalu maka proses kali kedua tuh dah tak banyak pun darah kotor yang keluar.

Lepas kali kedua atau ketiga cup² dibersih dan dipasang semula (bergantung pada berapa banyak darah kotor yang ada kat dalam badan tuh) maka bleylah cuci kasik bersih kawasan yang dibekam tuh. Kesan lebam dan torehan pada kawasan bekam tuh akan ada selama seminggu bergantung pada oranglah.

Dah siappp... tak sakit pun :D

Rasulullah SAW bersabda: "Berbekamlah... jangan membiarkan darah yang berlebihan melimpah, maka ia akan membunuhmu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Kepada yang mengalami sakit kepala, pening dan migrain; Rasulullah SAW setiap kali sahabat menemui baginda menceritakan tentang sakit kepala yang dialami mereka, pasti baginda berpesan, "Berbekamlah." (Hadis riwayat Bukhari dan Abu Daud).

Sekarang nih dah banyak tempat rawatan yang ada buat berbekam nih so bolehlah kengkawan gugel dan cuba. Insya Allah setiap penyakit tuh ada penawarnya tinggal lagik kita nak kena usaha untuk mencari penawar tersebut :D


No comments: