"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

03 May 2010

Cekelat... Cekelat...

Comel macam aku tak?! Hahhh big applouse untuk Nowwa dearie yang menerima serta menyiapkan pesanan dalam masa yang amat singkat. Nih yang buat aku makin sayang kat Nowwa

Sebenonya kat ofis aku nih ada buat dedication sempena Labour Day arituh. Cuma memandangkan yang ofis buat tuh diorang bagi bunga dari daun kering yang sah² akan ke tong sampah jua akhirnya maka aku langsung tak order pun. Bukan tak sapot cumanya nanti aku jugak yang sedih bila esok² orang buang bunga tuh. Sungguh tak berbaloi dengan wang yang aku keluarkan...

So hari Khamis arituh aku telah roger² Nowwa untuk buatkan aku cekelat sebagai balasan kepada kengkawan ofis yang dah bagi aku bunga dari daun kering. Aku cuma bagitau yang aku nak cekelat murah tapi sedap. Hahaha kedekut nak murah tapi demand nak sedap. Tuh lah Nowwa sungguh kenal aku maka dia telah buatkan cekelat comel kat atas nih plak. Ya ampunnn macam nih rasa sayang plak nak bagi kengkawan ofis. Hahaha macam tak ikhlas plak kan...

Buat kengkawan ofis yang dah bagi aku dedication harituh maka tunggu ajerlah cekelat comel nih yeak. Buat kengkawan ofis jugak yang tak bagi dedication kat aku maka korang dapat tengok ajerlah. Tak pun korang feel free untuk order cekelat sendirik dari Nowwa Chocs

No comments: