"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

31 May 2010

Makan angin Lumut (Day 1)

Tarikh: 28 Mei 2010
Destinasi: Desa Impiana - HKL - Damai Laut

Bertolak dari Desa Impiana lebih kurang jam 11 pagi. Singgah Hospital Kuala Lumpur melawat sepupu hubby yang koma akibat eksiden hari sebelumnya. Punyalah berpusing mencari parking kat HKL tuh. Sudahnya block ajer kereta orang pastuh tinggalkan nombor telefon. Kalo ada orang kol kira tuan kereta dah datanglah tuh.

Bertolak dari HKL lebih kurang jam 1.30 petang. Terus ke Lumut ikut hiway Plus keluar kat Bidor pastuh terus ke Teluk Intan pastuh terus ke Lumut. Kenderaan tak banyak sangat. Mungkin orang belum nak balik kampung agaknya.

Sampai Lumut about 5 petang pastuh berpusing sana sinih mencari arah ke Damai Laut. Sejam jugaklah pusing sana sinih sudahnya Damai Laut terletak 21km dari Lumut ke arah Taiping. Omak kau jauhnyaaa!!!

Aku ngan hubby tinggal kat Swiss Court Apartment Damai Laut. Memang gila jauh pedalaman tapi macam best sebab ala² private and confidential gituh. Cek in pastuh terus siap² untuk keluar dinner kat umah kawan seKluang (Aminah) di Seri Manjung. Katanya ada menu spesel gituh... menyambut orang jauh lah katakan :D

Ngapa dok jauh bebeno??? Hmmm hubby aku tuh member Swiss Garden International Vacation Club (SGIVC) so tetiap tahun dapatlah 8 hari 7 malam percuma menginap kat memana hotel Swiss Garden atau hotel sekutu. Itu pasal walau hotel jauh cemana pun redah ajerlah asalkan penginapan tuh percuma.

Bertolak balik dari rumah Aminah dalam pukul 10 malam. Serius memang gelap gulita jalannya dan Aminah siap pesan kalo ada orang tahan ker ada keta rosak tepi jalan ker jangan dilayan. Pastuh dia siap tanya aku ada bawak apa² senjata tak dalam keta kot kalo apa² jadik bley guna. Perghhh kecut perut aku dengo weiii...

Alhamdulillah selamat sampai hotel about 11 malam. Nasib baik ada kereta lain jugak mengiringi masuk ke hotel. Idok kalu memang... tawakal ajerlah.

No comments: