"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

31 May 2010

Makan angin Lumut (Day 2a)

Tarikh: 29 Mei 2010
Destinasi: Damai Laut - Lumut - Damai laut

Hari kedua adalah hari jalan² ke sana ke mari carik apa yang patut...

Pemandangan kat hotel Swiss Garden Damai Laut. Memang cantik dan hotel nih ada private beach. Memula memang hubby book kat sinih tapi penuh plak. Makanya kami tinggal kat apartment ajer yang bersebelahan ngan hotel nih. Sebelah² pun kalo nak pegi memang kena naik keta. Idok kalu mau lencun ketiak dibuatnya!

Tengahari kami bertolak ke pangkalan TLDM Lumut. Dah jejauh datang tuh kan nak jugak tengok apa yang ada kat dalam pangkalan. Dedolu masa kekecik berkenan jugak aku ngan uniform abang laut nih hahaha. Inilah masanya nak tengok dedekat. Lagi pun bukan sebarangan orang bley sesukasuki nak masuk pangkalan nih. Kemain ketat kawalan mengalahkan aku nih macam PATI plak.

Tadaa kenalkan inilah tour guide aku sepanjang jenjalan dalam pangkalan. Namanya Aminah tapi kat TLDM sana pakai nama glemer Min; kawan aku sejak kecik lagik. Bukan setakat kawan ajer rasanya keluarga dia pun dah macam keluarga aku sendirik. Adik beradik Aminah pun pangge emak ayah aku ngan panggilan emak ayah jugak. Kira memang rapatlah. Tetiap tahun asal raya tak tinggal lah tosay makcik (emak Aminah) sampai ke rumah emak ayah aku kat Kluang nun. Selain jadik tour guide dia nih jugaklah tukang masak dinner aku ngan hubby masa sampai Lumut hari sebelumnya.

Habih pusing pangkalan kami tinggalkan Aminah kat pintu pagar besar pastuh terus gerak ke pulau jadian Marina Island. Cantik tempatnya. Selain dari naik bot kat Lumut kalo nak ke Pulau Pangkor tuh, orang ramai bley jugak gunakan bot kat Marina Island nih. Jarak perjalanan naik bot dari sini lagik dekat (7 minit) dari naik kat Lumut nun (30 minit plus²). Kira kalo nak pegi Pangkor tuh ada pilihan lah sekarang...

cHiQuE:
Tiada sebarang gambo dibenarkan untuk ditangkap di dalam pangkalan makanya takde lah gambo kapal² laut ashkar untuk korang tengok :D


No comments: