"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

31 May 2010

Makan angin Lumut (Day 2b)

Tarikh: 29 Mei 2010
Destinasi: Lumut

Teluk Batik yang sungguh ramai umatnya. Sila abaikan aku yang kelihatan gemuksss dan selekeh... harus salahkan baju yang besar serta panas yang terik!!!

Memang banyak kapal kat perairan Lumut nih. Tatau lah aku kapal ashkar ker kapal angkut ker atau kapal selam. Kat memana pun memang bley nampak kapal besar nih...

Balai Polis Lumut. Gambo nih spesel untuk Along aku kat Cardiff nun. Beriyer aku ngan hubby pusing keliling Lumut nak mencari balai polis nih tau. Menurut cerita emak 35 tahun dolu Along membesar kat balai polis nih lah. Rasanya semenjak Along tua membesar bagai johan dia pun tak pernah sampai balai polis atas bukit nih...


Masa nih plak aku ngan hubby tengah lepak² kat dataran amenda nama entah kat tetengah bandar Lumut tuh. Tetiba plak rasa macam nak kol emak ayah kat kampung. Karang diorang tak caya aku makan angin laut Lumut so apalagasss 3G lah adanya. Apa guna ada enpon mahal bley video call tapi tak pernah guna kan?! Inilah masanya. Sana sinih tunjuk kat orang kampung view keliling Lumut yang mana sekarang nih dah cantik membangun tak macam dedolu. Harap ayah puas hati lah dapat tengok Lumut tempat dia bertugas 35 tahun dolu :D

No comments: