"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

31 May 2010

Makan angin Lumut (Day 3)

Tarikh: 30 Mei 2010
Destinasi: Damai Laut - Lumut - Desa Impiana

Sebelum balik ke Desa Impiana sempat singgah semula ke Teluk Batik. Tujuannya mencari seluar batik gedoboh yang sungguh aku berkenan. Semalam dah pergi tak terbuka pintu hati nak beli tapi bila dah sampai hotel rasa ralat plak tak beli. Semalamnya dah borong dua helai kat Lumut. Gila mahal harganya so kat Teluk Batik nih aku borong sekaligus tiga pasang. Puas hati!!! Seluar nih nanti nak dipakai masa pergi jalan² makan angin laut bulan depan plak.

Sebelum balik sempat singgah Seri Manjung atas permintaan Aminah tuan rumah untuk makan tengahari. Mementanglah dia tau aku nih hantu kari makanya kari ikan plak dijamunya. Siap ada ayam goreng lagik. Kemain bertambah kenyang perut dibuatnya. Terima kasih daun keladi...

Singgah tepi sawah mana entah ambik gambo. Orang bandor lah katakan. Hahaha drebar keta lori bas siap pinpon lagik. Apa tak pernah tengok orang bergambo tepi jalan ker?!


Bangau oh bangau kenapa engkau kurus? Macamana aku tak kurus ikan tak mahu timbul. Ikan oh ikan kenapa engkau tak timbul? Macamana aku nak timbul rumput panjang sangat. Rumput oh rumput kenapa engkau panjang? Macamana aku tak panjang kerbau tak makan aku. Kerbau oh kerbau kenapa kau tak makan rumput? Macamana aku nak makan perut aku sakit. Perut oh perut kenapa engkat sakit? Macamana aku tak sakit makan nasi basi. Nasi oh nasi kenapa engkau basi? Macamana aku tak basi kayu api basah. Kayu oh kayu kenapa engkau basah? Macamana aku tak basah hujan timpa aku. Hujan oh hujan kenapa kau timpa kayu? Macamana aku tak timpa katak panggil aku. Katak oh katak kenapa kau panggil hujan? Macamana aku tak panggil ular nak makan aku. Ular oh ular kenapa nak makan katak? Macamana aku tak nak makan katak perut aku lapar. Perut oh perut kenapa engkau lapar? Macamana aku tak lapar... (erkkk lupa sudah!) Perut aku tuh agaknya kot manjang ajer lapar!!!

Masa untuk pulang ke sarang...

No comments: