"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

08 May 2010

Obat tension & stress

Dedolu selalu berangan teringin bebeno nak ada mini library kat umah siap dengan rak buku ala² macam kat library awam tuh. Tak pun koman² dapat rak buku macam kat umah kampung (Kluang) siap ada tutup kaca gituh. Namun memandangkan ekonomi agak meleset sekarang nih ditambah plak idok ler ada banyak buku pun maka dapat kabinet macam kat bawah nih pun dah rasa cukup puas hati...

Tadaaa!!! Ini yang buat rasa macam nak tido dengan rak buku nih. Yeaaa aku sangat suka membaca. Rasa macam release stress ajer bila dapat membaca. Nak kata aku selalu beno baca buku tuh tipulah kan. Cumanya aku suka tengok buku. Bley naik gila kalo setiap kali lalu depan kedai buku. Kengkadang siap beli buku kemain tapi nak bacanya adoyaiii makan bulan. Kira bley ampun jugaklah kalo makan bulan... ada sestengah buku tuh makan tahun baru aku dapat sentuh! Punyalah macam sibuk bebeno kunon...

Aku ada banyak koleksi novel² buku² sebenonya tapi memandangkan sebelum nih takde rak buku besar makanya banyak yang dah aku kirim balik kampung. Saja buat menyemak rak buku kat umah kampung tuh. Nih memandangkan dah ada rak buku bley kata besar jugak dan nampak macam kosong plak makanya aku berkeinginan nak ambik balik novel² buku² aku yang ada kat kampung tuh. Jangan ada yang DikOwn dah jual sudahlah...

Cumanya koleksi majalah² masih terpaksa diletakkan dalam kabinet lain sebab sah² memang rak buku yang ada sekarang nih masih blom mampu dan tak muat nak menampung bilangan koleksi segala majalah yang aku ada!

Setakat nih okaylah rak nih sesuwei ngan umah atas awangan aku nih. Nanti kalo pindah umah atas tanah memang aku nak ada rak buku besarrr punyaaaa plak. Pastuh nak susun siap sekalik ngan koleksi VCD K-Drama yang aku ada. Pastuh siap nak letak segala bagai tok nenek majalah² yang aku ada. Nak buat bebetul macam mini library gituh. Perghhh dah terbayang nih...

No comments: