"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

31 May 2010

Putera Parsi: Pasir Masa

Nak cerita pasal movie nih rasanya ramai yang dah pegi tengok kan?! So tak payah citer banyak lah. Sesapa yang blom pegi tengok tuh silakan lah. Memang tiptop ceritanya. Kira tak sesia lah bayor mahal duduk bersila kat kapel seat. Memang layannn...

Dedolu entah tahun bila (awal 2000an rasanya!) hubby memang suka main game Prince of Persia kat X-Box. Asal ada siri yang baru memang tak penah tinggal habih dibelinya. Aku memang bukan into game nih makanya tak layan pun. Lagik tengok hubby dok stress manjang kalo main game. Masa tuh rasanya memang nak hempuk X-Box ke lantai ajer. Tinggal lagik dok pikir X-Box tuh harta pinjam... kalo harta sendirik habih dah selamat rasanya!

Itu yang memula ada movie Putera Parsi nih aku takde lah kemaruk nak tengok sangat. Rasanya macam jaki ajer sebab dia lah hubby dok meroyan main X-Box dedolu. Dah lah tengok muka prince bluwekkk tak comel langsung. Tapi bila dah tengok movie dia nih tetiba arghhh macam nak tengok lagik dan lagik dan lagik sampai muntah. Best plak jalan cerita dia. Tak bosan langsung. Rasanya lepas nih takde dah aku berkenan kat kucing parsi sebab Putera Parsi walaupun tak comel tapi macho tetap ada

Movie nih aku nak bagi berapa bintang yeak?! Okay aku bagi bintang² gemerlapan plus dengan bulan mengambang skalik hahaha :))

No comments: