"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

11 May 2010

Tojiri ayah mertuaku

Hahaha tajuk entry memang tak bley blah!!!

Aku bukan reti masak pun sebenonya tapi sesekali kalo aku masak memang sedap. Kalo tak caya cubalah rasa aku masak sup ayam ker, sambal sardin ker tak pun goreng telur hancur. Memang superb!!! Ehemmm sapa lagik nak puji masakan sendirik kalo tak diri sendirik kan

Sabtu lepas aku dengan semangat waja masak Tojiri hasil didikan ayah mertuaku. Nih masakan Arab sebenonya. Masakan nih memang sentiasa dimasak oleh ayah mertuaku (yeaaa korang tak salah baca sebab memang ayah mertua yang memasak) setiap kali tiba hari raya kat kampung hubby. Kira macam spesel giuhlah sebab kat Kuale sana mana ada hidang ketupat rendang ngan sambal kacang bagai. Memandangkan harituh emak ada bekalkan beberapa ketul ekor lembu untuk aku makanya masakan nih lah yang paling simple aku terer buat.

Nak resepi??? Sebelum nih rasanya aku pernah post entry resepi masakan nih. Takpe² aku bagi resepi lagik skalik lagipun ilmu jangan kedekut yea tak. Nanti tak berkat. Lagipun ayah aku penah cakap kalo kita masak sedap jangan lah takut nak bagi resepi kat orang sebab dah terang² air tangan manusia nih lelain. Belum tentu aku bagi resepi nanti korang bley masak sesedap aku... ecehhh

Bahan² yang diperlukan:
Periuk tekanan
Daging / Ayam
Bawang besar
Bawang kecil
Halia
Tomato
Daum ketumbar
Serbuk kunyit
Serbuk lada
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Minyak sapi
Minyak zaitun
Garam
Gula
Air

Cara² nak masak:
Masukkan segala bahan² kat atas tuh dalam periuk tekanan. Pastuh jerang atas dapur. Kiraan dalam setengah jam hingga sejam dari mula periuk berbunyik. Kalo korang nak daging / ayam dalam periuk tuh relai makanya lagik lama lagik bagus tapi make sure jangan lah sampai kering air dalam periuk plak!

Nak masak nih korang MESTI ada periuk tekanan idok kalu payah sket lah sebab mungkin berjanggut kena tunggu daging / ayam jadik lembut kot. Okay bahan² kat atas tuh plak memang aku tak dapat nak nyatakan berapa banyak kuantitinya sebab semua pun bergantung kepada deria rasa memasing. Maklumlah manusia nih rambut sama hitam tapi lidah lain². Kalo korang rasa nak pedas makanya korang bley lebihkan serbuk lada, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih tuh. Kalo korang rasa macam nak ada rasa manis² bawang makanya korang lebihkanlah bawang besar. Kalo korang nak ada rasa masam² maka bleylah lebihkan tomato. Kalo tetiba korang rasa nak kuah jadik pekat likat makanya korang lebihkan daun ketumbar dan kurangkan air. Harituh aku sukasuki letak kentang dan hasilnya kuah jadik pekat² manis gituh. Nak sedap mengikut citarasa lidah dan tekak sendirik makanya semua pun kena try and error.

So... selamat mencuba!

2 comments:

S. Suhana Ros said...

wow..mcm sedap je...nyuuummmyy..
cecah roti pun sedap kan kak ti??
saya mesti pilih!! (erk..)
hehe..
*finally..im back!! =))

cHiQuE CoMeL said...

@S. Suhana Ros
hahhh kalo dpt mkn ngan roti perancis mmg best... yummy²...