"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

25 June 2010

Addio Italiano Macaroni

Erkkk semalam pasukan WC2010 Italy kalah ek??? Aku tak tengok pun as lepas makan obat migraine terus aku terbongkang tak sedar diri. Nasib baik pagi tadik bangun kalo tak dah "selamat" aku agaknyaaa. Teruk betul migraine aku kali nih. Rasanya last aku diserang migraine masa zaman skolah dolu. Even masa kat univ pun tak pernah kena rasanya. Tetiba plak sekarang nih teruk bebeno lain macam rasa sakit kepala nih.

Aku namakan macaroni kat atas nih as "Addio Italiano Macaroni" yang maksudnya lebih kurang "Babai Italy... selamat naik pesawat kembali ke kampung halaman".

Bangun pagi tadik dengan semangatnya rasa macam nak buat macaroni goreng sempena kekalahan pasukan Italy. Hahaha harus meluat menyampah kengkawan yang sokong Italy baca post aku kali nih kan?! Sowie lah dah sah² macaroni tuh dari Itali kan dan kebetulan plak memang ada macaroni kat umah nih. Alahhh kira macam celebration gituh pasukan Italy selamat pulang ke kampung halaman :D

Lagi satu harus diingatkan kepada semua termasuk aku jugak yang BOLA ITU BULAT. France pun bungkus beg baju semua balik kampung so pasukan lain pun takkan terkecuali jugak ada harapan ikut macam tuh. Kengkadang kita rasa kita terer tapi sebenonya kita lupa ada yang lebih terer dari kita. Peace no war

No comments: