"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

01 June 2010

Bila tilam bergoyang

Hamboiii korang baca tajuk ajer pikiran dah ke lain yeak. Entry nih takde kaitan ngan cerita 18SX pun tapi ada kaitan ngan 18SG. Perghhh ganasss tuh... tettt!!!

Nih nak bagitau harituh masa aku pegi jenjalan makan angin Lumut ada kejadian yang tak diingini dah berlaku kat aku. Nak kata seram sejuk sangat tuh idok ler tapi kira bley masuk kategori seram jugaklah. Macam yang korang dah tahu (kalo yang blom baca entry sebelum nih haruslah tak tahu kan?!) masa makan angin Lumut tuh aku menginap kat Swiss Court Apartment Damai Laut. Tempat yang sungguh cantik sebab kat area pedalaman dan jauh dari hiruk pikuk kota.

Kat apartment tuh kami ditempatkan kat unit tettt tak bley bagitau nanti kena saman ngan Swiss Court Apartment plak. Cuma yang aku sedar bila dah balik Desa Impiana rupanya unit yang kami menginap tuh unit nombor 4 (situh depan pintu tulih 3A). Kalo orang Cina nih memang pantang ngan nombor empat tapi ada aku kisah?!

Masa sampai tuh memang okaylah tengok unit tuh. Cumanya ekon dalam bilik ajer rosak (kami ambik one room apartment). Yang buat aku rasa kelakar tak hengat bila tengok tilam kat dalam bilik tuh. Diorang bagi bilik jenis twin share maknanya dua bijik katil single. Aku pilih katil yang dekat dengan toilet sebab tak mau katil yang sebelah dengan pintu beranda. Kenapa kelakar??? Tilam tuh punyalah huduh melendut ke bawah. Erkkk melendut tuh apa yeak?! Alahhh tetengah dia tuh macam tenggelam ke bawah. Mungkin dah habih dilanyak sebelum nih kot hahaha :D

Masa malam pertama kat situh aku tido takde masalah sebab mungkin kekenyangan tapi kejadian misteri nusantara terjadi pada malam hari kedua. Tatau kenapa aku asyik dok terpikir pasal tilam melendut. Masa aku masuk tido (12 tengah malam gituh) hubby tengah sembahyang.

Cuma yang aku tau tetiba ajer tilam melendut tuh macam dibuai dipukul gelombang dah badan aku pun ikut sama dibuai. Kalo perlahan tak apa tapi laju yang amat. Gila gerun aku dibuatnya. Aku toleh sebelah memang nampak hubby tengah lena tido. Dalam pada kalut tuh aku terpikir plak nak buat bunyik kuat agar hubby tersedar pastuh bley gerakkan aku bangun. Puas aku terkapai cuba nak sentuh tak pun panggil hubby tapi memang tak boleh langsung so aku hanya dapat buat bunyik meneran macam orang ek-ek tuh ajer. Memang betul bila aku buat bunyik baru hubby tersedar dan kejut aku.

Malam tuh langsung aku tak bley tido. Lepas kejadian misteri nusantara tuh aku menyelinap masuk dalam selimut kat katil hubby. Hubby kata dia langsung tak rasa apa² gegaran pun malam tuh walaupun sebenarnya katil kami dah dirapatkan.

Hahaha takde lah seram sangat kan cumanya yang aku terpikir sampai sekarang nih kejadian misteri nusantara tuh betul ke atau mainan tido semata. Kalo mainan tido cemana plak dalam waktu yang sama aku bley terpikir nak buat bunyik untuk bagi hubby sedar?! Takkan pulak aku bley ingat setiap inci kejadian sampaikan masa hubby kejutkan tuh aku tau aku tengah geleng² kepala sebab tak bley bangun?!

Entahlah...

2 comments:

Nowwa Fitri said...

misteri nusantara betulla!

cHiQuE CoMeL said...

hahhh tau xpe... mmg adventure btol percutian kali nih (T_T)