"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

16 June 2010

Cantik macam TokTi

Aku nih bukan peminat TokTi wokey!!! Sejak tahun bila dolu (1996???) dia menyanyi sampai lah sekarang nih blom terbukak pintu hati aku nak jadik peminat dia. Lagu² dia pada aku bolehlah masuk kat telinga walaupun kengkadang pening sakit kepala migraine dibuatnya bila dengar lagu duet dia ngan KD tuh.

Yang aku nak cerita sekarang nih bukan pasal TokTi tapi pasal produk skincare SimplySity dia tuh. Dengonya ada produk bagus pastuh harga pun murah so sebagai pengguna produk kecantikan yang agak kedekut save budget makanya bolehlah aku cuba tengok² dulu. Kalo berkenan di hati maka bleylah sambar apa yang patut...

Beriyer balik kerja semalam terus pegi Watson's IOI Mall carik C Bright Simply 5 Cream (dalam gambo belah kanan). Katanya krim nih canggih gituh tak payah sesusah nak tempek entah hapa² krim bebanyak atas kulit muka sebab dia lima dalam satu. Dia bley buat sunblock, bedak asas, foundation dan entah hapa lagik dua aku tak ingat. Sebagai pemilik muka yang agak ngengada guna tuh tak bley guna nih tak serasi makanya aku rasa macam nak cuba try test ajer krim nih.

Sebenonya sebelum nih entah dah macam² produk aku guna untuk kulit muka aku nih. Nak kata makin cantik tuh idok ler tapi comel tetap ada. Bayangkan SK-II yang gila babas mahalnya pun aku penah beli tapi hasil nan ado. Zai's Beauty Formula yang memang bagus pun aku cuba tapi sebab produk dia guna proses penapaian makanya kulit muka aku sebijon bau tapai! Sekarang pakai produk hok kampeni tempat aku keja nih buat (gambo atas belah kiri) tapi serius mahal nak mamp*s harganya. Mana mampu aku yang kedekut save budget nih nak beli...

Sebab semalam dah menggatal beli produk SimplySiti tuh kan makanya cuba ajer yang itu. Kalo bagus sesuwei ngan kulit muka comel aku nih maka bolehlah teruskan ajer. Mana tau lepas nih bley cuba satu set skalik harung siap pencuci, toner, mask etc semua. Pastuh kalo aku tak cantik macam TokTi lepas nih tau lah aku mana nak pegi serang hahaha bley?! Kecuali TokTi pangge aku jadik spokeperson :D

cHiQuE:
Yeaaa kalo Azwan Ali sekali pun yang keluarkan produk ginih dan aku dapat info bagus maka aku akan beli jugak. Tak semestinya aku kena minat artis tuh baru beli produk dia kan?! Hellooo aku pengguna setia okay... tak rugi TokTi dapat customer macam aku tau!

No comments: