"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

16 June 2010

IkanKucing a.k.a Keli

Korang suka makan ikan keli??? Huishhh tuh ikan feveret aku tau. Aku nih apa yang tak makan segala semua yang halal dimakan memang aku makan kecuali SAYUR!!! Hahaha belom ada bukti kajian saintifik tak makan sayur muka tak comel makanya tuh pasal aku tak makan sayur ahaks :D

Pic credited to Encik Gugel :D

Tapi tuh lah semalam dapat email dari ofismet bagitau plak ada ikan keli halal haram nih. Tak baik betul kan orang yang bela membuatkan ikan keli nih haram dimakan. Alahhh sama kes macam ikan patin lah jugak dedolu tuh. Jom kita tengok ciri² sekor keli halal dan haram. Aku pun tatau lah mana sumber ofismet aku dapat ciri² halal haram ikan keli nih tapi apa salahnya kalo kita beringat kan...

Haram
[Ikan yang diternak orang bukan Islam diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam.]
1· Kepala berbentuk 'V'
2· Bentuk badan mirip torpedo
3· Badan berwarna hitam berkilat
4· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
5· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
6· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal
[Ikan diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin.]
1· Kepala berbentuk 'U'
2· Bentuk badan tirus
3· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
4· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
5· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
6· Digoreng tidak meletup

Erkkk sempat ker kita nak belek ikan keli tuh sebelum makan?! Lepas nih memang kena belek ikan keli tuh bebetul. Jangan asal nampak semua nak ditelan ajer. Karang termakan plak benda² haram nih. Lagipun setiap apa yang kita makan tuh akan jadik darah daging.

cHiQuE:
IkanKucing = Catfish = Keli (^_^)


No comments: