"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

28 June 2010

Jodoh si kucing tampan

Ibu² bapak²
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman²ku
Karna cuma diriku yang tak laku²


Buat kengkawan sesapa yang ada kucing betina cantik jelita masih suci murni silalah roger² aku sebab nak dijodohkan ngan kucing tampan kat umah aku nih. Kesian betul ngan CocaNur nih manjang dok meow² carik jodoh. Mungkin dia dok nyanyi lagu kat atas tuh tapi aku tak paham... haishhh!!!

Jangan risau sebab CocaNur merupakan kucing terpelajar yang hampir² dihantar masuk ke akademi kucing untuk mendalami ilmu sarkas tapi memandangkan aku nih tak betah kalo tak nampak dia sehari makanya pendaftaran ke akademi kucing tuh terpaksa lah dibatalkan sama sekali. So buat masa nih dia hanya terer mengurut sahaja di samping makan, tido, muntah dan uk-uk. Kebijaksanaan CocaNur lebih terserlah bila dia dapat makan daun. Ya ampunnn macam dapat makan ayam goreng!!!

Sebagai kucing berbaka British bulu ada panjang ada pendek makanya memang dia tak berapa nak reti cakap Melayu lah cumanya insya Allah apa yang orang cakap dia bley paham. Kiranya kalo dijodohkan dengan kucing betina jelita harus anak² yang lahir tuh akan comel² serta bijak laksana belaka.

Lupa plak nak bagitau. Kalo ikut umur manusia CocaNur sekarang nih kira dah habih belajo ambik first degree (mungkin jugak master!) kat universiti lah gituh. Cuma macam aku bagitau kat atas tuh tak sampai hati nak hantar dia ke akademi kucing makanya dia belajo sendiri jer ngan guru separa terlatih berkelulusan universiti luar negara dan tempatan kat umah nih.

So buat kengkawan yang mencarik jodoh jugak buat kucing betina jelita memasing bleylah bagitau aku. Bolehlah kita berbesan. Bersedara jugak kita nampaknya nanti. Bagitau cepat sket yeak... aku nak kena prepare hantaran lagik nih... adehhh!

2 comments:

ARC™ said...

comel gileeeeeeeeeeee
sumpah nampak best bulu die

cHiQuE CoMeL said...

harap comel bulu best tp xde pasangan kesian jugak kan?! erkkk ayat mcm bley salah tafsir nih... hahaha :))