"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

25 June 2010

TokWan dalam kenangan

Pagi Isnin yang lepas (21 Jun 2010) waktu aku kat ofis dalam jam 10.30 pagi DikOwn texted suruh aku kol dia balik. Ishhh pompuan tuh memang macam tuh suka tau simpan kredit dia tamau kol aku. Bila aku kol dengar suara dia dah lain macam. Hati aku plak dah berdebar. Bila aku tanya ngapa suara lain dia terus nangis. DikOwn cuma cakap, "kakak... tokwan..." pastuh terus nangis. Okay aku dah paham pastuh aku pun nangis jugak... Aku dah takde atok :((

Haji Siman bin Haji Omar
(1928 - 2010)

TokWan meninggal pada jam 9 pagi. Alhamdulillah TokWan pergi dengan baik - dalam tidur. Bayangkan mak sedara aku yang duduk lipat kain kat ujung kaki TokWan pun tak sedar bila masa TokWan pergi. Kata mak sedara aku pagi tuh TokWan siap sembahyang Subuh pastuh sempat minum pagi ngan borak² sebelum TokWan bagitau nak tidur sekejap. Mak sedara aku kata lagik dia rasa pelik sebab TokWan langsung tak gerak² sebab TokWan memang suka gerak² kaki dia masa tidur. Itu yang bila panggil pakcik aku tau² rupanya TokWan dah takde. Masa aku cium jenazah TokWan pun aku rasa TokWan putih bersih sekali. Rambut TokWan lembut licin berkilat. Muka TokWan memang comel macam orang tidur.

TokWan nih merupakan ayah kepada emak aku. Aku tak ingat sangat kenangan ngan TokWan sebab dari kecik aku lebih rapat ngan Opah (emak kepada emak aku). Cuma dolu kekecik penah ikut TokWan pegi menoreh kat kebun getah. Pastuh hantar jual getah kat kedai. Kira penah melekat bau getah sekerap jugak lah aku nih. Penah jugak ikut TokWan naik motor jenjalan bawak Opah pegi kutip hutang.

Arghhh bila orang tuh dah takde baru kita nak ingat semua kenangan tuh kan... Semoga arwah TokWan ditempatkan bersama hamba² Allah yang beriman. Amin.

No comments: