"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

05 July 2010

Aksi CocaNur... meow!

Konfem nanti ada yang kata saya macam² lepas tengok gambo² kat bawah nih - bagi kucing golek² atas sejadah - najis lah hapa lah. Sebenonya memang lah kalo lepas CocaNur weewee atau uk-uk dia tak reti nak bersihkan bebetul montot dia tuh so saya atau hubby (selalunya hubby yang buat sebab saya memanggg penggeli sket... uwekkk!) akan bersihkan montot CocaNur. Maklumlah bulu montot dia memang agak panjang so kengkadang lambat nak kering. Setakat nih alhamdulillah kalo CocaNur nak turut serta waktu saya ngan hubby solat jarang sekali dia weewee atau uk-uk dulu. Macam tau² ajer dia kan...

Khusyuk berwirid?

Nak mengaji jugak?

Kadang² tak paham dengan CocaNur nih. Bila tiba jer orang nak solat dia yang macam over. Orang belum lagi bentang sejadah tapi dia dah sesiap landing atas karpet. Pastuh kalo tolak ke tepi maka masa orang solat tuh dia dendiam tengok ajer. Kengkadang adakala tetengah solat dia boleh datang golek² atas sejadah. Macam nak solat jugak lagaknya...

Itu yang bila hubby wirid mula lah dia cecepat naik atas sejadah pastuh macam leka bebeno. Kengkadang siap terlena atas sejadah. Habis wirid terpaksalah angkat dia letak ke tepi. Dah angkat tuh takdenya dia nak tido semula. Mulalah nanti meow²... Sama jugak kalo waktu saya mengaji dia pun sibuk sama golek² macam paham ajer. Boleh plak dok dendiam dengar orang mengaji. Mungkin dia paham saya mana tau kan? Kalo tak pun dia dok main reben juntai² kat Quran tuh jer.

Binatang pun makhluk Allah jugak. Maka saya rasa macam CocaNur nih dia layak terima kasih sayang dari saya dan hubby macam orang lain jugak. Kengkadang kita tak tau mungkin dia lah pembawa rezeki untuk saya sekeluarga. Mungkin jugak dia yang ditakdirkan oleh Allah untuk menjadi penyelamat saya di hari pembalasan kelak. Kita tak tau kan? Oleh itu sayangilah binatang macam kita sayang diri sendiri (^_^)

No comments: