"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

05 July 2010

C3 Grand Opening

InsyaAllah kalo dimudahkan semuanya saya akan pegi jalan² naik kapal terbang habiskan sedikit demi sedikit wang simpanan yang ada dalam masa terdekat nih. Erkkk tuh pun nak kena bagitau ker? Owhhh belen cuti saya dah tak banyak maka saya kena kerja on wiken untuk kumpul cuti semula! Nak pegi jalan² pastuh nak cuti raya blom masuk lagik cuti malas pegi keja... erk! Semua memerlukan cuti yang banyakkk...

Semalam (04/07/2010) saya bekerja lebihan masa untuk mengumpul cuti tambahan. Kampeni tempat saya bekerja ada buat opening untuk C3. Kira macam buat kampeni terbuka lah gituh. Macam pesta muda mudi gituh walaupun ada jugak tetamu yang hadir tuh dah lanjut usia. Ramai jugak yang datang termasuk Upin & Ipin gergasi :D

Saya terasa comel walaupun baju lencun bau peluh asem! Sebenonya gambo nih ditangkap lebih kurang jam 5 petang waktu event dah nak hampir tamat. Sebelah saya tuh Nurul namanya. Bukan rakan sebooth tapi dia suka menebeng tunjuk muka untuk melariskan jualan booth saya. Oh ya lupa nak bagitau yang saya dikerah untuk menjaga kaunter jualan. Perghhh!

Yeaaa ini dia rakan sebooth saya - Fuad. Selain Fuad ada Lisa dan Elaine jugak tapi diorang takde masuk gambo. Dah ujung² petang barulah kami berkesempatan nak bergambo sebab memang tak menang tangan melayan orang ramai yang rebut² nak beli barang. Walaupun sibuk bergambo tapi saya dan Fuad berjaya mengumpul ribuan ringgit untuk kampeni (boss... takde komisen meh?).

Nasib baik ajerlah duit kampeni, kalo duit sendirik memang saya bukak meja besar belanja Fuad bakso seploh mangkuk! Kembung bakso pun takpe :D

Balik rumah ngam² masuk waktu Maghrib. Lenguh kaki tak boleh nak cakap terbawak sampai ke harinih. Memikirkan banyak keja kat ofis tuh kalo tidak harusss harinih saya cuti² malas pegi keja... mencik!

No comments: