"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

17 July 2010

Garmin Mobile XT

Tetiba harinih macam tak reti plak nak balik Desa Impiana dari Sunway Pyramid tuh. Cemana nak buat ekkk??? No worries sebab tadaaa...

Posted via chikcomel's mobile (^_^)

Enpon saya dah bley guna GPS. Sudah ada Garmin di dalamnya. Tak payah risau lagik sesat jalan andai kata malu bertanya. Ai memang pemalu yu! Tadik saja cuba try test guna dari Sunway Pyramid nak balik Desa Impiana. Sebijik sebijon jalan yang ditunjuk. Siap ada selekoh maut bagai. Gambo pun clear sebab mungkin enpon mahal lah gituhhh. Erkkk masa saya beli enpon nih dulu memang mahal sebab bebetul baru launch kat Malaysia tapi sekarang nih jenjangan bley dapat harga runtuh kot!

Bila hubby drive laju ajer siap blink² kaler merah bagitau speed terlebih sudah. Gila canggih! Maafkan saya yang peghak inih. Maklum tak pernah guna GPS gituh. Ini pun takut² jugak nak guna tapi bila lagik kan...

Harituh beriyer dok pujuk hubby nak Papago kengkunon nak guna nanti senang pegi sana sinih. Ada kaki bley dapat harga murah lagik. Belakang sekarang nih dah ada Garmin dalam enpon toksah ngengada nak Papago lagik. Papa you can go now! Cuma target nak beli hok tempat letak enpon dalam keta tuh ajerlah. Perghhh semua nak! Padahal bukan selalu nak guna GPS pun... memang dasar ngengada!

Okayyy... lepas nih pegi Pasaraya OTK depan umah nih pun nak cuba try test guna GPS lah. Nak tengok pandai ker tidak pempuan dalam Garmin tuh bagi instruction. Lagipun free kan?! Apalagasss guna selagik adaaa...

No comments: