"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

28 July 2010

Kembang seTaman Negara

Kembang² mont*t saya harinih baca blog Cida. Bukan sedikit pujian yang diberikan kepada saya tapi melimpah ruah sampai tak muat mangkuk nak isi mont*t saya nih. Tuh pasal tak bley pakai kembang semangkuk tapi kena pakai kembang setaman. Gila tamak nak besar macam Taman Negara!

Pic credited to Encik Gugel (^_^)

Seperti biasa apabila tahap kebuhsanan mencapai darjah paling maksima maka saya sesukasuki blogwalking. Syukran² kerana BK agak sibuk dan tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada anak buah yang sungguh hampeh tak buat keja makan gaji buta inih.

Tiba² terpandang saya akan satu entry kat blog Cida di sini. Wahhh saya nak kena open table makan besar kat tuan punya blog memandangkan dah bagi promosi percuma kat saya. Jangan puji lelebih kerana nanti dikhuatiri saya tak dapat tidur malam sebab sakit perasan melanda!

Anyway saya jugak berterima kasih banyak kat Cida kerana sudi jumpa saya akhirnya. Apalah sangat saya nih yang hanya ber"bluberiti" berbanding dia yang ber"bluhondasiti". Hmmm apalah ada pada jenama kereta?! Hahaha tetiba plak kan...

Insya Allah saya memang merancang untuk kembali ke tanah tempat berebut naik bas Pak Om untuk ke kelas setiap pagi selama empat tahun. Teringin nak kembali ke tasik tempat saya penah main air banjir dolu. Nak jugak round² kat The Mall yang jenjangan dah berubah wajah. Aduhhh rindu rasanya dengan bau "istana bunian" ituh. Makanya memang saya mengharapkan untuk menyusahkan Cida ajer nanti hehehe

No comments: