"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

30 July 2010

Little white riding hood

Pada zaman dulu kala di dalam sebuah kondominium (ada kondo meh zaman dulu kala?) tinggal sekor kucing bersama tuannya. Nama kucing tersebut ialah Coca Berkerudung Putih.

Coca merupakan kucing paling kiut di seluruh kawasan berpagar kondo tersebut kerana walaupun dia sekor kucing jantan tapi suka sibuk nak pakai kerudung putih yang merupakan telekung sembahyang tuannya. Seluruh kondo sangat mengenali Coca (ini tipu!) termasuklah sekor serigala bernama Jacob Black yang merasakan Coca telah mencabar kehensemannya dan berpendapat daging Coca kalo goreng pun sodappp.

Pada suatu hari tuan Coca Berkerudung Putih berkata, "Kesian btol Mango (kucing jiran sebelah) tuh keding bebeno... nah ambik Tuna & Chicken nih bagi kat dia." Tuannya dengan tegas turut berpesan agar jangan sesekali Coca meow² dengan kucing lain di jalanan apa lagik nak menggedik ngan kucing betina yang tak tahu asal usul keturunan.

Tanpa disangka cempedak menjadik nangka rupanya Jacob Black ada dok tercongok kat belakang dapur mendengar perbualan Coca dan tuannya. "Ahaaa inilah masanya aku dapat makan sate kucing macam yang ada kat Bali tuh..." Gitulah lebih kurang ayat yang terlintas kat fikiran Jacob Black. Maka Jacob Black dengan sepantas kilat berlari ke rumah jiran sebelah dengan harapan bley menyamar jadik Mango.

Coca Berkerudung Putih merasa sungguh seronok kerana akhirnya dapat keluar rumah. Lepas tuh plak pestaim dapat jumpa Mango, kucing betina yang asyik memekak tetiap malam. Selalunya Coca memang tak dapek langsung nak keluar kecuali setiap Isnin hingga Jumaat jam 8.30 pagi. Tuh pun kejap bebeno tak puas nak golek² atas lantai depan tuh. Dalam waktu yang sama Jacob Black dah sampai dulu kat rumah jiran sebelah. Untuk mengumpan Coca Berkerudung Putih satu lawan satu maka dia telah menakutkan dan mengurung Mango dalam jamban.

Tidak lama kemudian terdengar Coca meow² kat depan pintu rumah jiran sebelah. Jacob Black dah bersedia menunggu depan pintu cuba² melembutkan suara buat bunyik meow². Dia memang dah tau yang Coca tak tau dia tuh serigala. Mencik lah Jacob Black!

"Awak nih Mango yeak?" Alalala sungguh sopan santun berbudi bahasa Coca Berkerudung Putih. "Yealah awak tak tau meh?!" Balas Jacob Black berbasa basi. Nak mengumpan lah tuh. Mencik lagik!

Pelik dengan kegabakan Mango maka Coca pun bertanya, "Tuan saya kata awak kurus keding macam tak cukup makan tapi kenapa saya tengok awak besar ajer nih hah?" Kompius Coca dibuatnya. "Owhhh nih nanti senang saya nak makan sate kucing bebanyak." Jawab Jacob Black selamba badak. "Hah sate kucing?!" Coca Berkerudung Putih terperanjat beruk macam dah pelik. "Ehhh tak²... saya kata makan sate kajang kat Kuching." Siut btol Jacob Black pusing² jawapan macam tuh.

"Kenapa mata awak besar yeak Mango? Pastuh plak molot pun besar kemain. Awak spesis kucing apa sebenonya?" Coca Berkerudung Putih bertanya lagik. Setelah agak lama menunggu barulah Jacob Black menjawab, "Owhhh mata besar saya nih bukan apa senang nak tengok awak. Molot saya besar plak senang nak makan awak sebab saya lah Jacob Black serigala yang blakon dalam movie Twilight tuh... hahaha!"

Punyalah terkejut Coca Berkerudung Putih mendengar jawapan Jacob Black lantas terus tergolek dog buat² pengsan sambil mengerekotkan badannya sebijik macam tenggiling. Hahaha serigala tak makan tenggiling kan?! Macam beruang kutub yang tak makan penguin...

Sekian terima kasih.

No comments: