"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

29 July 2010

Muzium Kesenian Islam

Hola amigos!

Hari Ahad yang lepas selepas menghantar Cida ke KL Sentral, saya dan hubby telah sesukasuki menjengah Muzium Kesenian Islam. Lama dah nak pegi situh tapi asyik tak berkesempatan. Dah kebetulan ada masa terluang plak harituh kan. Lagipun bila lagik nak pegi?! Selalunya tempat yang dekat tuh lah yang paling susah kaki nak jejak. Asyik nanti³ sampai sudah langsung tak pegi...

Taj Mahal

Semangat kan saya pegi muzium dengan baju Liverpool?! Kira okaylah dari sebelum nih saya pegi muzium pakai baju kurung. Sebenonya niat di hati nak tunjuk baju kat Cida sebab dia pun minat Liverpool dengan harapan Cida akan jeles kat baju saya hehehe

Kiswah Kaabah

Tengok Kiswah nih membuatkan rasa rindu saya kemain meluap kat kota suci Mekah. Lama dah saya tinggalkan Mekah tapi takpe insya Allah panggilan Baitullah tetap ada...

Kat muzium nih dipamerkan barang² yang ada kaitan dengan perkembangan Islam. Dari sebesar replika masjid dan bangunan serata dunia sampailah kepada sekecik syiling dinar. Masa saya pegi harituh bukan takat orang² Melayu ajer yang datang tapi ada jugak orang² Cina ngan mat² dan minah² saleh. Tataulah samada diorang muslim ker hapa atau mungkin sekadar datang melawat muzium. Dah nama pun muzium kan... terbuka untuk sesiapa sahaja.

Ehhh ada kedai jual souvenire jugak so saya dah membelikan diri sendirik dengan beberapa keping poskad gambo masjid² dan bangunan² bercirikan Islam gituh. Kalo ikutkan hati yang tamak nak ajer borong poskad bebanyak tapi...

Last but not least, kalo tak silap saya mulai 31 Julai 2010 sampai 31 Disember 2010, kat muzium nih ada pameran batu permata dari serata dunia. Walauweyyy buat kengkawan serta makcik pakcik yang gila barang kemas laplip² bolehlah datang tengok. Harusss rambang bijik mata (*_*)

No comments: