"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

05 July 2010

Paul si octapus bijak

Saya tak tahu pasal kurita sekor nih tapi semalam balik dari kerja lebihan masa tambahan hubby bagitau pasal si kurita nama Paul nih. Maka saya cecepat capai sotkabar dah baca. Bijakkk...

Pic credited to Mail Online

Katanya Paul nih bijak laksana ala² Nujum Pak Belalang sampai dia bley tau pasukan mana yang akan menang menentang pasukan German. Kira macam dia akan pilih tong mana hati dia berkenan pastuh duduk dalam tong tuh. Setiap tong dah sesiap lekat bendera pasukan yang akan menentang German. Kebanyakan memang dia pilih tong German (sah² lah pilih negara sendiri kan karang tak pepasal kena buang negara!) dan yesss German menang cuma ada satu kot dia pilih tong bendera mana entah (Serbia? Ghana?) dan masa tuh memang German kalah ngan pasukan tuh. Mungkin kurita tuh sesaja cuba nak try test betul ker tak jangkaan dia yang German menang tapi entah cemana betul plak!

Sebenonya pada saya tak baik buat Paul macam nih lah. Kesian kat dia makhluk tak bersalah. Dia terpaksa memilih satu antara dua. Kalo pilih makanan best takpe jugak ini disuruh pilih tong! Kosong plak tuh! Next game nanti German akan lawan Spain takde plak nak tunjuk Paul pilih tong bendera pasukan mana? Mungkin Paul suka kaler terang maka dia pilih tong German. Bendera German dan Spain tak jauh beza kalernya so saya dapat agak Paul akan bingung atau mungkin jugak stress tatau nak pilih tong mana. Jangan pilih tong memana Paul! Jadilah kurita yang bebas dok main² dalam air tuh toksah pedulik ngan tong... men air lagik best dari main tong

Lagi satu saya dapat rasakan yang mungkin tuan si Paul nih lupa nak bagitau Paul yang BOLA ITU BULAT!

No comments: