"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

03 July 2010

Pulang ke pangkal jalan

Hehehe tajuk entry macam apa ajer kan...

Gambo ini dicilok dari fesbuk sepupu bernama Farahah Syamimi. Jadik tak tahu nak kredit ke mana maka kredit kepada Farahah Syamimi ajerlah yeak. Farah nanti sila kredit gambo ini kepada pihak yang kamu cilok... sekian!

Okay blog ini ingin berhijrah macam gambo kat atas tuh. Owhhh tidak² bukan berhijab sebegitu tapi blog nih bahasanya akan jadik lebih sopan santun lemah lembut sedap didengar. Bermaksud akan menjadi lebih skema

Dulu² masa keci cinonet ayah dan emak cukup marah kalo dengar anak² cakap "aku - kau" sesama sendirik. Macam satu kesalahan besar sampai hampir² mulut ditenyeh cili merah. Sungguh kasar dan tak sesuai! Sampai ke tua (opsss tidak tua sangat!) tak reti nak cakap "aku - kau" dengan kawan² kecuali bila menaip entry² dalam blog. Sungguh kasar bahasa blog ini!

Okay mulai entry harinih dan seterusnya akan berlaku perubahan drastik di mana "aku - kau" akan menjadi "saya - awak". Yeaaa baru tersedar betapa kita manusia nih harus menjadi diri sendiri. Orang kata kalau kita nak sayang orang lain maka kita kena sayang diri sendirik dulu. Terima diri sendiri seadanya dan jangan pura² jadik orang lain!

Masa kat universiti salah seorang rumet pernah tegur saya, "Tak reti ke cakap aku - kau? Cuba belajar... skema betul bunyik saya - awak tuh." Okay macam jahil sangat lah masa tuh budak kampung (owhhh Kluang sungguh kampung kalo nak dibandingkan dengan rumet yang berasal dari Kolumpo) bercakap "saya - awak". Cuba jugak belajar sebab konfem kalo cakap "aku - kau" tak kena tenyeh cili merah di mulut sebab emak kan jauh tapi tak berhasil. Tak menjadi!

Ada seorang kawan lain pulak bernama Jalut memanggil saya "awak" sebab saya tak reti nak cakap "aku - kau" dengan dia. Pada saya bunyik kata ganti nama tuh sungguh kasar untuk bercakap dengan kawan² sambil terbayang cili merah menyala ditenyeh ke mulut. Sebagai seorang yang skema walaupun tak berspek mata bingkai besar di universiti maka saya teruskan ajer ber"saya-awak" dengan kawan² sampai lah habis belajar. Kadang² rasa seronok pulak sebab hanya saya seorang "awak" di universiti. Kalo tetiba dengo ada orang jerit "awakkk!!!" maka yea saya tahu orang tuh tengah jerit panggil saya. Bagus bukan?!

Saya bukan tetiba nak berlagak jadik baik tau dan menjadikan blog nih kunon² macam baik tapi memang itulah kenyataannya. Even dengan adik beradik sekalipun sebenonya takde langsung "aku - kau" nih. Kami takut kena tenyeh cili merah kat mulut! Tak percaya?! Maka silalah tanya kat kaum keluarga dan kengkawan saya memana yang kalian kenal tuh tentang "saya - awak" nih. Lagipun saya dah penat lah menjadi kasar dengan "aku - kau" walaupun hanya di dalam blog!

Bantu saya... pulang ke pangkal jalan

2 comments:

Nowwa Fitri said...

Barulah betul...saya baca blog chique..kalau tulis aku kau tu mcm bukan chique jea...hihihi

cHiQuE CoMeL said...

hahaha yea² sy tau... nmpk mcm berlakon "aku-kau" ajer kan :p