"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

05 August 2010

Bahu untuk menangis

Tajuk agak sentimentel gituh...

Dedolu masa saya kekecik dalam umur 9 tahun kat sekolah agama, Ustazah Fadillah penah bagitau kalo kita rasa sedih dan terbeban dengan masalah bacalah Surah Al Insyirah (Alam Nasyrah). Lagik bagus kalo kita jadikan amalan. Insya Allah kalo surah tuh dah meresap dalam jiwa maka kita akan jadik orang yang tabah dan sabar dalam menghadapi apa jua dugaan yang diberikan kepada kita.

Sejak dari hari tuh saya hafal Surah Al Insyirah. Pastuh nak jadikan amalan memang payah. Kengkadang ingat kengkadang lupa. Maka saya cuba plak amalkan setiap kali sembahyang tak kira fardhu ker sunat ker saya akan baca surah nih dalam rakaat pertama selepas Al Fatihah. Alhamdulillah dari kecik sampai dah tua sket nih saya masih amalkan Surah Al Insyirah.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)

3. yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)?

4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

7. Kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa yang Engkau gemar dan ingini).


Tengok tafsiran kat atas tuh pun dah tahu kan yang surah nih penuh dengan memberi kelapangan / kemudahan / kesenangan. Maksud Alam Nasyrah tuh sendirik adalah melapangkan. Apa lagik yang tak cukup?! Tipulah kalo saya kata yang saya tak pernah sedih tak pernah tertekan kalo ada masalah. Masalah saya bukan untuk dikongsi bersama. Walaupun mungkin segala kesedihan dan segala yang terbuku di hati tuh saya tanggung sorang tapi sekurang²nya saya diberikan kesabaran.

So buat kengkawan di luar sana yang merasakan diri banyak bebeno masalah sampai dah tak tahu nak selesaikan cemana apa kata amalkan Surah Al Insyirah nih. Mana tau kalo tak banyak pun mungkin sesikit masalah tuh akan dipermudahkan oleh Allah.

No comments: