"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

14 August 2010

SA for SAbah (Day 1b)

Tarikh: 6 Ogos 2010
Destinasi: Kota Kinabalu

Dah jejak kaki kat Kota Kinabalu kami check in hotel dulu. Okay tiada gambo bilik hotel sebab biliknya sungguh cantik berserta tilam empuk dan bantal lembik lantas semuanya terus kebabom tak sedar diri. Qada' tido sebab kena naik flight pepagi buta!

Lepas solat lebih kurang jam 3.30 petang dan bersiap sesikit ala kadar memandangkan semuanya dah cecomel belaka maka kami berjalan kawad kaki menuju tempat makan. Blom makan dari tengahari tuh. Takat makan kat food court apa ke nama entah shopping complex (Wisma Merdeka kot?!) belakang Gaya Centre Hotel.

Aktiviti selepas makan - kami gerak ke KK Night Market kat tepi laut. Nak kata jauh sangat dari hotel tak jugaklah tapi kesian kat emak sebab kena jalan. Dah lah emak sakit lutut. Maka kami jalan pelan² ajerlah sesambil menghirup angin laut Kota Kinabalu.

Kengkunon nih aksi Fear Factor dipaksa makan umai. Tak patut btol DikOwn tuh nak jolok sudu masuk mulut saya terus muka comel jadik comot. Pestime saya makan umai. Tak sangka sedap pulak. Sebenonya masa gambo nih ditangkap dah bersudu saya makan umai tuh hahaha!

Budak comel nih namanya Pika. Anak tokey umai. Sedap betul umai air tangan emak dia tuh. Dua bungkus kami melantak. Kalo ikut hati nak makan berbungkus lagik tapi memandangkan dah termakan kat food court shopping complex sebelum datang gerai emak Pika makanya terpaksa lah batalkan hasrat tuh. Takpe² ada banyak masa lagik kat Kota Kinabalu...

[Bersambung...]

Untuk view lain² gambar sila klik SINI dan SITU

No comments: