"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

15 August 2010

SA for SAbah (Day 2a)

Tarikh: 7 Ogos 2010
Destinasi: Pasar Filipina (Kraftangan)

Perjalanan menyusutkan wang ringgit bermula...

Jam 7.30 pagi dah bergerak naik bas sangkut² pegi breakfast. Kat Kota Kinabalu jam 7.30 pagi tuh cerahnya dah macam jam 8.30 pagi kat semenanjung. Bas padat yang amat tapi takpe sesekali merasa adventure kat tempat orang apa salahnya?! Ahaks!

Lepas breakfast kami terus ke Pasar Filipina. Memula singgah kat tempat jual barang² kraftangan. Memacam ada kat situh. Emak² kakak² adik² yang gila mutiara memang tak sah kalo tak jejak pasar kraf tuh. Bukan takat rambang bijik mata tapi bley jadik juling jugaklah.

Sengaja rapat² dengan emak dengan harapan dibelikan barang seutas dua set rantai ngan gelang mutiara. Tak dapat set mutiara air masin tapi dapat set mutiara air tawar pun dah cukup bagus. Semoga Allah mewahkan rezeki emak agar lenkalik bley belanja anak² dan menantu lagik. Hahaha anak bertuah memang macam tuh

Memang lama betul menunggu emak memilih. Kejap tengok yang tuh nanti satgi tengok yang nih plak. Karang dah pilih untuk mak sedara nih tetiba plak karang ehhh tertinggal mak sedara yang tuh. Bukan selalu dapat datang jejauh nih kan... Agaknya kalo boleh nak diborong satu Pasar Filipina tuh.

Okayyy akhirnya tamat jugak sesi beli belah kat pasar kraf tuh. Bayangkan dari matahari segan² terus sampai matahari tegak atas kepala baru keluar pasar kraf. Lama tak lama lah kan. Habis teroka pasar kraf terus menuju ke pasar sebelahnya plak. Pasar jual ikan masin lah udang kering lah dan yang sewaktu dengannya.

[Bersambung...]

Untuk view lain² gambar sila klik SINI dan SITU

No comments: