"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

18 August 2010

SA for SAbah (Day 3a)

Tarikh: 8 Ogos 2010
Destinasi: Pasar Minggu Gaya Centre

Pepagi tak pagi sangat kami dah gerak pegi breakfast kat kedai mamak seberang jalan besar Gaya Centre Hotel. Nasib baik ada kedai mamak bley pekena roti canai sekeping dua! Saya ngan hubby order roti canai. Rizal order roti telur. DikOwn plak order mee goreng mamak. Tak sangka plak mee goreng mamak nih terbaekkk!!! Sedap sampai order dua pinggan. Pastuh siap tapau bawak balik bilik hotel sebungkus.

Lepas breakfast kami jenjalan pasar minggu. Sebenonya ayah pun pegi jugak pasar minggu nih tapi dia dah pegi jenjalan sendirik jam 6.30 pagi. Kat Kota Kinabalu cerahnya 6.30 pagi tuh dah macam 7.30 pagi kat semenanjung. Idok ler gelap lagik pun.

Sempat buat urutan kaki kat pasar minggu nih. Yang mengurut tuh orang² buta tapi memang terer tau ajer kat mana tak kena kat mana tak betul. Mereka hanya buta mata tapi tak buta hati

Sebahagian hasil jualan kat pasar minggu tuh. Memacam ada memurah jugak. Saya hanya beli pashmina sehelai plus beberapa buku sabun gamat yang sungguh wangi. Tak terdaya dah nak beli rantai gelang mutiara blink². Lagipun saya bukan minat sangat. Cukuplah ada dua set

Lepas puas berjalan dari matahari blom nampak sampai lah matahari tegak atas kepala baru kami gerak balik hotel. Masa untuk rehat² sebelum nak keluar semula jenjalan carik makan petang nanti. Manjang asyik jalan ngan makan sesaja cuti² kali nih... ai makin gumuksss!!!

[Bersambung...]

Untuk view lain² gambar sila klik SINI dan SITU

No comments: