"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

19 August 2010

SA for SAbah (Day 4)

Tarikh: 9 Ogos 2010
Destinasi: Kuala Lumpur

Harinih hari terakhir kami di Kota Kinabalu. Pepagi dah keluar breakfast kat kedai mamak yang sama hari sebelumnya. Nak pekena mee goreng mamak sebelum tinggalkan Kota Kinabalu. Kalo semalam dah order dua pinggan makan dan sebungkus tapau maka kali nih pun order dua pinggan makan dan sebungkus tapau. Hambikkk!

Lepas makan kami jenjalan lagik ke Pasar Filipina (Kraftangan). Ada lagik yang tak setel rupanya. Emak nak pashmina lagik sehelai. Kalo semalam saya hadiahkan tapi kali nih emak bagi duit suruh belikan pulak. Nak ada dua jugak tuh. DikOwn plak sempat pegi tukar t-shirt yang dah dibeli. Memula beli kaler putih tapi tetiba last minit nak tukar ke kaler hitam plak. Memacam hal...

Tengahari saya belanja hubby, DikOwn dan Rizal makan Kenny Roger's Roaster. Sebelum nih masa musim² WC2010 arituh saya kan dah janji kalo Spain memang WC2010 maka saya akan belanja diorang KRR. Kebetulan ada plak KRR kat sinih maka kopaklah duit plastik saya...

Petang jam 4.30 kami bersiap berangkat ke epot. Flight jam 7.30 petang tapi emak tuh kemain risau takut tertinggal kapal terbang makanya kami keluar awal agar emak puas hati. Lotih lah dengar emak potpet² nanti hehehe. Dah lah takde apa sangat kat epot Kota Kinabalu tuh. Maka duduk melanguk ajerlah semua...

Sementara menunggu flight jam 7.30 petang, ayah sempat berbuka puasa kat ruang menunggu tuh. Ayah memang sentiasa buat puasa sunat hari Isnin dan Khamis. Tak kiralah masa tuh holiday ker hapa ker ayah akan tetap puasa kalo diizinkan. Jangan harap hari² tuh nak pujuk ayah agar tak puasa. Takkan jalannn punyaaa...

Kami berangkat pulang menaiki pesawat 777-200. Pesawat kali nih lagik besar dari masa datang harituh. Ramai penumpang makhluk asing. Macam bebudak rombongan ajer. Rupanya flight nih adalah flight transit dari Narita ke Kuala Lumpur so ramai jugaklah Nihonjin dalam tuh. Even stewardess pun Nihonjin. Flight kali nih seronok sket sebab seat ada skrin. Saya ngan hubby langsung tak tido sebab galak main game. Rizal plak dok layan movie. DikOwn ajer yang membuta. Ayah ngan emak tatau buat apa sebab diorang duduk seat belakang kami.

Kami selamat mendarat kat KLIA lebih kurang jam 9.40 malam. Beberapa minit awal dari jangkaan. Kapal terbang besar so laju lah kan. Tengok kemain penuh boot van ngan luggage dan kotak udang kering ikan masin. Bercutilah katakannn...

Alhamdulillah selamat sampai umah lebih kurang jam 11 malam. Memasing kepenatan keletihan tapi saya dengan gigih semangatnya terus kemas luggage bagai siap! Dengan harapan the next day saya dapat rehat pepuas. Lenguh kaki nih weiii gara² Kota Kinabalu!!!

[TAMAT]

Untuk view lain² gambar sila klik SINI dan SITU

No comments: