"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

31 August 2010

Salam Merdeka Ke-53

Yuhuuu cuti Merdeka dok golek² depan TV ajer ker?!

Saya takde plan nak jenjalan ke mana² harinih. Dok umah sesaja sambil layan segala hapa rancangan sempena Merdeka yang tayang kat TV ajerlah kot. Sesambil mungkin layan tenet jugak itu pun kalo tak ditakdirkan berebut lepi ngan hubby.

Waktu entry nih ditaip mata kepala dok teleng² tengok TV acara siaran langsung sambutan Merdeka kat Stadium Putra Bukit Jalil. Awat saya tatau ada buat acara kat Bukit Jalil yeak? Menyesal plak tak memeriahkan majlis. Next year sah² tak kan dapat join sebab sambutan Merdeka akan jatuh hari yang sama dengan Hari Raya Aidilfitri. Mana nak beraya mana nak hungga² sambut Merdeka? Mana saya tau??? Aiyokkk saya dah riki² tarikh public holiday 2011 tauuu

Sempena Merdeka nih saya mohon dari Allah s.w.t semoga Malaysia akan terus sejahtera, aman makmur dan jauh dari malapetaka. Saya bangga jadik anak Malaysia tanah tumpah darah saya walaupun susur galur keturunan saya khabarnya datang dari tanah seberang. Teettt!

Selain daripada itu saya juga memohon agar Merdeka kali ini bukan setakat di mulut tapi jugak di hati. Semoga Allah s.w.t jauhkan saya dari perasaan hasad dengki, busuk hati dan yang sewaktu dengannya. Semoga saya terus diberikan hati yang sentiasa tabah dan kuat untuk menghadapi segala dugaan dan rintangan macam pendekar² yang telah mempertahan dan memerdekakan tanah air. Amin!

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

No comments: