"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

08 September 2010

Edisi makan² buka puasa

Hahaha dah nak raya baru hegeh² nak post entry buka puasa. Memang dasar kuat tido!!! Mana taknya asal lepas berbuka mula lah mata saya otomatik jadik berat terus kebaboom tak sedar diri tuh pasal tak menyempat nak updet blog

29 Ogos 2010 - Secret Recipes, Alamanda Putrajaya
Sesaja jenjalan Alamanda sesambil nak tengok movie Grown Up. Itu yang terus buat booking buka puasa kat SR Alamanda. Luckily diorang accept phone booking. Memula nak ke KRR tapi tamau plak ambik phone booking. Rezeki makan kat SR agaknya.Okay jugak buka puasa kat Alamanda nih. Surau dia besar bley muat ramai orang dan yang penting selesa.

2 September 2010 - Otak² Place, Wisma CNI
Boss Besar (BB) berbesar hati jamu staff bawahan dia buffet Ramadhan kat OOP. Kebetulan plak hari yang sama ada acara buka puasa untuk anak² yatim so kehadiran memang sungguh ramai. Ada persembahan dari Helmi Gimmick jugak. Okay jugak buffet Ramadhan sinih banyak pilihan tinggal lagik mungkin sebab orang ramai sangat maka tetiba selera makan saya terbantut!

4 September 2010 - Kenny Rogers Roasters, IOI Mall
Yezaaa akhirnya dapat jugak saya buka puasa kat KRR. Semangat btol saya ngan KRR nih. Rasa heaven dapat ratah ayam panggang dia tuh. Tak jemu langsung! Macam biasa lah menu saya kat KRR wajib ada macaroni cheese, baked beans ngan kentang. Sementelah hubby dah ambik mashed potato maka saya ambik kentang lain lah.

Tahun nih memang takde plan langsung nak buffet Ramadhan kat memana hotel macam tahun sebelum² nih. Lagipun sebelum² nih kalo buffet Ramadhan memang tak makan banyak sangat pun. Tuh pasal tahun nih saya request tak payah pegi buffet Ramadhan tapi nak sangat buffet lunch kat PJ Hilton. Khabarnyanya kat situh makanan sedap² belaka. Kalo buffet lunch meriah sket saya makan kot! So tolonglah sesapa bermurah hati belanja saya buffet lunch kat PJ Hilton... plisss

No comments: