"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

21 October 2010

Nak cerita raya... bley?

[Entry basi sambungan dari yang lepas...]

Tengahari AidilFitri kedua saya sekeluarga dua bijik keta bertolak hohoho balik kampung ke Segamat. Hubby (drebar), ayah (co-drebar), emak dan saya naik satu keta. DikOwn dan Rizal naik satu keta lagik. Maklum blom mampu beli lori lagik... idok kalu bley balik kampung naik satu lori ajer!

Ehhh blom lagik jadik selebetriti tapi "bluberiti" saya dah diekori. Mungkin ada bebudak nak mintak otograf kot? Ecehhh abaikan...

Hari raya kedua memang tak sesuwei nak berjalan. Macet sana sinih. Bayangkan nak balik Segamat yang selalunya hanya ambik masa dua jam tapi kali nih sampai empat lima jam! Memasing kebulur dibuatnya. Nak berenti makan semua kedai makan tutup plak!

Maka sampai ajer kat bandar Segamat saya bikin meja terbuka kat Pizza Hut. Itu ajer rasanya tempat yang sesuai sebab memang tak nampak langsung ada kedai makan lain yang bukak. Sila abaikan bibik saya berbaju oren kat sebelah saya tuh. Dia memang suka buat muka sengal macam dia plak yang nak kena bayar

Dah kenyang perut suka hati sementara menunggu saya bayar meja terbuka tuh nih lah hasilnya kat luar Pizza Hut. Emak ayah saya sempat posing kemain lagik yeak...

Siap semuanya kami sambung perjalanan ke Batu Anam. Sempat singgah makan² (lagik?!) kat umah Pak Andak pastuh singgah beraya kat umah Opah Ngah. Hampir jam 10 malam baru selamat sampai kat Kampung Paya Lang 2, Batu Anam, Segamat, Johor Darul Takzim.

[Akan bersambung...]

No comments: