"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

20 October 2010

Uji bakat terendam

Last Saturday (16.10.2010) saya sukasuki telah merelakan diri dibawa oleh hubby ke satu sesi ujibakat kat Kolumpo sana. Ujibakat untuk apa dan dekat mana tuh tak payah lah tau yeak. Biolah resia

Pagi² lepas Subuh dah sesiap pegi sarapan. Awal tuh! Saya bukan spesis makan awal sangat sebenonya. Perut tak bley masuk sangat. Siap sarapan balik rumah semula kemudian barulah saya bersiap untuk ke ujibakat. Sempatlah saya tacap² muka sket kasik comel. Maaf saya kan tak suka mekap so sesikit sudah...

Sesi ujibakat bermula jam 10 pagi dan ngam² saya tiba kat tempat ujibakat tuh jam 10 pagi. Walaupun masih awal tapi saya dapat nombor ke ENAM PULUH TIGA. Perghhh itu menandakan memang ramai umat manusia yang datang. Yang pempuan semua kemain cantik manis maklumlah nak diuji bakat tuh katakan!

Gementar ada, kelako ada, seronok pun ada. Gementar sebab kecut perut tengok calon² lain yang datang. Ada tuh cakap omputih berabuk tak hengat! Kelako sebab rasanya saya di antara calon yang terlebih umur datang untuk diuji bakat. Boleh dikatakan majoriti calon² yang datang ujibakat tuh pangkat adik² ajer umur diorang. Seronok pulak sebab ini kali pertama dalam hidup saya pegi ujibakat. Dah rasa macam nak masuk AF.

Dari jam 10 pagi menunggu saya hanya dapat masuk bilik ujibakat jam 2 petang. Dah lah tempat menunggu giliran tuh panas kemain. Dari comel pastuh peluh² terus cair lenyap langsung mekap nipis saya! Namun alhamdulillah sesi saya berjalan lancar. Takdelah rasa nak terkucil apa sangat pun. Santai ajer sebenonya. Siap bley borak² gelak ketawa lagik dengan orang yang menguji bakat saya tuh.

Apa² pun sesama kita tunggu ajerlah keputusan ujibakat tuh yeak. Saya pun tak tau bila agaknya pengumuman berjaya atau tidak akan dikeluarkan

1 comment:

Nowwa Fitri said...

eeeiii ujibakat apa ni?