"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

23 November 2010

Checking out CNI

[Entry back dated...]

Sowieee entry nih dah lama bersarang kat draft blog saya. Punyalah tersangattt sibuk sampai saya tak berkesempatan nak post entry. Takpelah nih kira bersyukur dah ada entry baru walaupun sebenonya cerita dah basi hampir dua minggu!

Uniform yang dipulangkan. Lepas nih pegi keja dah tak payah pakai uniform lagik. Sayang nak pulangkan sebenonya tapi memikirkan saya tak punya lemari besar untuk disumbat uniform yang entah bila nak dipakai lagik maka saya rasa adalah lebih baik pulangkan saja kepada yang lebih berhak. Mana tau lepas nih kot sesapa yang dapat unifrom saya tuh akan berjaya bersama CNI... eceh!

Segala khazanah selama hampir seploh tahun saya bersama CNI tak termasuk kucing di dalam gambo! Saya jarang bawak balik barang² ofis ke rumah. Kira selama nih ofis tuh saya jadikan macam muzium kedua gituh selepas umah. Tetiba masa mengemas nak mengangkut barang bawak balik ya ampun baru sedar punyalah banyak khazanah harta karun yang ada. Kalolah semua barang² dalam kotak tuh bley dipajak gadai harusss saya bley jadik ribuan!

Sedih??? Memang sedih nak tinggalkan ofis terutamanya kengkawan yang hampir seploh tahun bersama tapi saya memaksa diri untuk berfikiran positif. Saya pun tak tau macam mana keadaan kat ofis baru nanti tapi saya mengharapkan agar ada sinar cemerlang kat situh. Maksud saya macam hmmm adalah peluang untuk saya pegi lebih jauh lagik menegmbangkan kerjaya yang tak seberapa nih. Doakan kejayaan saya yeak... amin.

No comments: