"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

13 November 2010

Chikeboom Chikeboom Boom!

Yuhuuu!!! Rindu saya tak? Lama saya tak updet blog kan...

Memandangkan saya akan leaving for good dari ofis tempat saya bekerja tak lama lagik maka siang tadik saya join buat kali terakhirnya acara sukan yang dianjurkan oleh CNI Sports & Recreation Club iaitu CNI X-PloRace 2010 yang diadakan kat Bukit Cahaya Sri Alam, Shah Alam atau nama dedolu dia Bukit Cherakah.

Tadaaa! Nama kumpulan nih saya yang letak sementelah ahlil yang lain cuma cakap "letak ajerlah ikut suka." Chikeboom lagik! Nak jugak ada nama "chik" di situh tapi nama nih comel kan? Macam saya...

Muka sebelum acara kemain lagik comel lote tak berminyak sekuali! Tengah bincang strategi tuh pasal mata bulat molot muncung kemain.

Chikeboom menang "Kumpulan Pakaian Terbaik". Hahaha sukahati berkain batik di situh. Sebenonya kain batik tuh asal tujuannya adalah untuk mengkaver montot. Bila dapat tau ada aksi terjun tasik makanya menggelabah puyuhlah kami pempuan² Chikeboom nih. Yealah nanti kan baju seluar melekap sana sinih tuh pasal disediakan kain batik dari awal. Bijak kan? Menang plak tuh

Chikeboom menang "Kumpulan Nama Terbaik". Bangga² sebab kengkunon kan saya yang bagi nama kumpulan. Tak sangka plak nama Chikeboom jadik pilihan pengadil.

Chikeboom menang tempat kedua keseluruhan!!! Bolehlah tuh second to none walaupun masa acara berlangsung tuh ada aksi saya meraung kaki krem tengah jalan. Gila penat wooo!!!

Hadiah kemenangan yang sungguh mewah. Kemain banyak jajan di situh tapi saya paling suka dapat dua kotak susu kacang soya hohoho. Dalam sampul surat tuh plak ada voucer KFC ngan McD. Macam tau² ajer saya dah lama tak makan KFC ngan McD

Sowielah gambo sepanjang acara dijalankan memang takde. Entahlah diorang tak sediakan photog plak kat setiap cekpoint. Rugi kan? Idok kalu dapatlah korang tengok aksi saya lencun kebasahan terjun berendam dalam tasik. Auwww ai tak rela yu!

No comments: